Oct 8th 09
Posted by napirago in Kisah Teladan
(*Dialog dalam kisah di bawah hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mengubah jalan cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya)
Semua orang tau pasal kisah orang musyrikin quraisy yang memang taknak terima dakwah Rasulullah s.a.w. dah la taknak dengar, pastu mintak macam-macam bukti kononnya kalau dah nampak bukti baru nak beriman. Tapi bila dah nampak bukti, cakap sihir la, itu la, ini la. entri kali ini akan menceritakan salah satu daripada banyak kisah yang seumpamanya. Banyak-banyak la berdoa supaya Allah tak kunci hati kita sebagaimana Allah kunci hati mereka dari menerima kebenaran.
(more…)
Oct 5th 09
Posted by napirago in Santapan Minda
Bahgia itu dari dalam diri,
Kesannya zahir, rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata,
Di dasar hati,
(UNIC-Hakikat Bahagia)
Bait lirik yang memang cukup puitis bahasanya, cukup mendalam maksudnya, dan cukup besar ertinya. KEBAHAGIAAN. Sukar betul nak gambarkan kalimah ini melalui kata-kata. Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak. Tak dapat disentuh, tapi dapat dirasai. Ia bukan juga kuantiti fizik, justeru ianya tidak boleh dihitung. Dan ianya adalah sesuatu yang tak ternilai harganya, tetapi mampu dimiliki oleh semua insan. (more…)
Oct 3rd 09
Posted by napirago in Ceritaku Ceritamu jua..
Memang, hubungan kami agak dingin. Aku pun tak tau kenapa. Adakah aku yang bersalah? Ataupun dia memang tak suka aku? Setiap kali aku datang kat dia, dia akan lari. Setiap kali aku cuba bermesra dengan dia, dia akan mengelak. Macam-macam aku cuba untuk menyelamatkan hubungan kami. Tapi dia tetap dengan sikap dinginnya terhadap aku. aku tertekan, tapi perasaan sayang aku kat dia tak pernah berubah. Sayangku pada Iffah Hurriyah… (more…)
Oct 2nd 09
Posted by napirago in Santapan Minda
Kata orang, “Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tapi tak boleh memimpin tanpa menyayangi.”(orang lain la yang cakap, aku tulis balik je). Fikir-fikir balik, ada jugak betulnya. Nak menyayangi sesuatu tak susah. Kadang-kadang, tengok sekali, rasa berkenan, secara automatik akan terbit perasaan sayang dalam hati. Tak kisah la kat orang ke, bunga ke, kucing ke. Senang betul kan??.
(more…)
Oct 1st 09
Posted by napirago in Kisah Teladan
(*Dialog dalam kisah di bawah hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mengubah jalan cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Renung-renungkan dan…selamat beramal…)
Satu ketika dahulu (tak pasti zaman bila, tapi zaman dulu-dulu la), tinggal seorang lelaki yang kuat beribadah jugak la. Semayang rajin, puasa rajin, mengaji pon rajin. Pendek kata memang calon menantu idaman setiap mak mentua la.
Nak dijadikan cerita, satu hari, tengah dia jalan-jalan, dia ternampak orang ramai tengah berkumpul mengelilingi sebatang pokok yang besar. Ingatkan tengah buat apa, rupa-rupanya diorang tengah sembah pokok tu. Sebagai muslim sejati dan berwibawa, lelaki tu amat terkejut dan terus je rase nak membanteras kegiatan syirik lagi berdosa ni.
(more…)
Sep 30th 09
Posted by napirago in Ceritaku Ceritamu jua..
Sebelum aku menulis kisah ni, aku dah pastikan tahi lalat kat kaki aku masih lagi wujud untuk mengelak sebarang keraguan tentang kebenaran kisah yang ingin aku ceritakan.
Kisah ini berlaku dalam belasan tahun yang lampau. Masih segar di ingatan aku ketika itu tatkala berada di ruang tamu bersama mak dan aku tak pasti siapa lagi yang ada di tempat kejadian. Mungkin Arwah Cik Som, jiran kami yang meninggal dua tahun lepas ada jugak kot sebab dia memang suka lepak rumah aku malam-malam untuk bersembang-sembang ngan mak.
Tanpa disangka-sangka, (more…)
Sep 29th 09
Posted by napirago in Uncategorized
Masuk Autumn ni maksudnya dah 2 tahun la aku berangan nak buat blog. Tapi tak tau la apsal susah sangat nak start. Tapi akhirnya tanggal 29 september 2009, secara rasminya aku telah mula menceburkan diri dalam arena blog-memblog ni. Kredit kepada Ammar Razak dan Umair Dadih kerana banyak memberi tunjuk ajar. Rajin-rajin la lawat ye…free je, tak payah bayo.