Selamat Menghadapi Peperiksaan
kepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan yang akan menghadapi peperiksaan, Hikayat Kucing Belang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. (more…)
kepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan yang akan menghadapi peperiksaan, Hikayat Kucing Belang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. (more…)
(*gambar aku takde sebab waktu aku pegi, kamera tak bawak. Gambar-gambar di bawah diambil waktu aku kat korea…)
Cuti summer kali ini boleh la disifatkan sebagai cuti yang agak bermakna bagi aku berbanding cuti summer tahun lepas. Sebabnya, setiap hujung minggu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Bermula dengan mengutip durian, family day, balik kampung jumpa atuk, sampai la bekerja di ladang kelapa sawit. Kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit.
Walaupun kami lapan beradik dibesarkan dengan hasil titik peluh abah mengurus ladang kelapa sawit sebesar 10 ekar, hanya abang-abang, dan kakak-kakak yang atas-atas je la yang pernah merasai pengalaman masuk ladang membantu abah. Masuk zaman adik-adik kecik ni, dah takde dah sebab ladang dah bagi indon buat. So, tunggu je la duit masuk memandangkan abah pun busy dengan kerja-kerja lain. Lagipun, masa kecik-kecik, mak tak bagi masuk ladang sebab ladang ni menjadi tempat mat pit-mat pit buat port. Mat pit ni bukan mat rempit ye kawan-kawan. Apa kejadahnya nak merempit dalam ladang. Langgar pokok kelapa sawit sia-sia je hidup. Kepada yang first time dengar, Mat pit ni ialah penagih dadah. Golongan-golongan remaja yang hangat bercinta pun gemar membuat projek di dalam ladang. Tu pasal mak tak bagi masuk ladang kot. (more…)
Johan Puisi DAQ…Mari hayati Bersama….
Dentuman mortar di angkasa
tidak pernah lekang
menghujani bumi Palestin
rintitan hujan peluru Zionis menganti tangis
merenyuk insan tidak berdosa
tidak mengenal usia.
Peluru Zionis berdarah lagi…
Air mata sang Ibu
dan darah para mujahidin
bercampur baur berlinangan
terus menerus membanjiri
bumi tandus Palestin.
Peluru Zionis berdarah lagi…
naib johan cerpen Demi Al-Aqsa 2009…
Aku masih termenung di jendela rumah. Di hadapanku terbentang luas sawah padi yang kian kelihatan kekuningan. “Padi juga ada musim-musimnya”, desis hatiku kosong. Mataku perlahan beralih mencapai satu persatu objek di hadapannya. Nun jauh di hujung sana, di balik gunung-ganang, ku lihat sang suria mula berlabuh di ufuk barat menandakan satu hari lagi yang bakal berakhir, dan malam menanti dengan penuh kegelapan. Fikiranku semakin jauh melayang, merentasi jarak dan waktu.
(*Dialog dalam kisah di bawah hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mengubah jalan cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran darinya)
Suatu ketika dahulu, Allah memerintahkan malaikat turun ke bumi untuk menguji tiga orang hakim. Lalu malaikat pun menjelma la sebagai seorang lelaki dengan menunggang seekor kuda. Sampai je dekat satu tempat ternakan lembu, malaikat tersebut pun menyeru seekor anak lembu dan anak lembu tu pun datang dekat dia. Menyedari perkara tersebut, tuan punya lembu pun datang kat malaikat tu dan terus mintak agar dipulangkan anak lembu tu.
Al-kisah Kapal Terbang
Pernah naik kapal terbang? Mesti ada yang pernah, dan ada jugak yang tak pernah. Bagi yang sedang berada di luar negara sekarang, mesti la pernah. Takkan datang negara orang naik rakit pulak kan? naik kapal terbang memang best kadang-kadang. Tapi kadang-kadang bosan jugak sebab duduk je. Nak main bola atas tu tak boleh pulak. Apa-apa pun, kepada yang belum pernah naik kapal terbang, try la naik sekali sebab ia adalah pengalaman yang tak sama dengan pengalaman naik bas.
Nampaknya, bahang PilihanRaya PPMK dah semakin dirasa. Senarai calon pon dah dikeluarkan, dan masing-masing dah mula berkempen untuk calon yang disokong. Jadi memang macam kene jugak la kalau aku tulis entri pasal mende ni, “Aplikasi Solat dalam Sistem Politik.” Sebenarnye, isi-isi yang korang akan baca ni aku rembat dari satu tazkirah kat saluran Astro Oasis-Inspirasi Sanubari. Jadi kalau sape-sape rase macam penah tengok gak, dan nak tambah apa yang kurang boleh la melakukan sedemikian dengan mengomen di ruangan komen di bawah.
Semalam, Kak Long mintak request kat aku, “adik, sekarang ni kan musim orang pegi haji, tulis la pasal haji”. Mentang-mentang la dia dapat gi haji tahun ni. Dan-dan je suruh aku tulis pasal haji plak. Hehehe… Tahun ni giliran Along ngan Kak Long pulak ikut Abah. Tahun Lepas Bang Iem ngan kak Mas. Aku? insyaAllah, ada rezeki, panjang umur, ade la tu. Lepas-lepas kawen ke, buleh bawak bini sekali.
“kadang-kadang, bila nak letak kata-kata nasihat kat status facebook ke, ym ke, mesti terfikir, takut orang cakap kita nak menunjuk-nunjuk la, bajet baik la.” tiba-tiba Samad (bukan nama sebenar), bersuara ketika kami tengah sama-sama membuat semakan terakhir untuk exam yang dalam 10 minit lagi nak mula. “apsal nak takut? Letak je. Jangan fikir apa yang orang cakap. Yang penting, niat kita baik.”balas aku. (macam tak caya pulak aku bagi nasihat berguna kat orang…heheheh)
Kata-kata Samad sebenarnya telah menyedarkan aku tentang realiti yang memang berlaku zaman sekarang ni. Kita mesti kena baik dulu sebelum bagi nasihat. Kalau tak baik, kang kena la balik.
“Bertangguh-tangguh itu mengurangkan masa.” Itu la pepatah arab yang aku belajar masa form 4 dulu. Masuk exam tu. Kena explain maksudnya dalam bahasa arab. Berpusing gak la kepala nak menjawab. Persoalannya, betul ke bertangguh ni mengurangkan masa? Bagaimanakah bertangguh mampu mengurangkan masa? Adakah orang yang bertangguh akan mati cepat? mungkin itulah diantara persoalan yang bermain-main di benak fikiran kita yang kadang-kadang benak jugak la. (more…)