Hikayat Kucing Belang » Santapan Minda

World Cup
Piala Dunia 2010 kini sudah memasuki fasa kalah mati. Persaingan untuk memenangi piala paling berprestij sukan bola sepak kini semakin menarik dan mendebarkan. Dengan tewasnya pasukan berprofil tinggi seperti Itali dan Perancis, ramai yang menjangkakan kejutan demi kejutan akan dapat disaksikan dari pasukan berstatus “underdog”.

Sungguhpun begitu, sedar ataupun tidak, pemenang kejohanan ini seakan-akan sudah ditentukan sebelum ianya berakhir. Moh kita lihat senarai pemenang kejohanan ini bermula dari tahun 1962 sehingga 2006

1962-Brazil(Amerika Selatan)

1966-England(Eropah)

1970-Brazil(Amerika Selatan)

1974-Jerman(Eropah)

1978-Argentina(Amerika Selatan)

1982-Itali(Eropah)

1986-Argentina(Amerika Selatan)

1990-Jerman(Eropah)

1994-Brazil(Amerika Selatan)

1998-Perancis(Eropah)

2002-Brazil(Amerika Selatan)

2006-Itali(Eropah)

Jadinya, tahun 2010, juara Piala Dunia ialah pasukan dari Amerika Selatan. Betul ataupun tidak, sama-samalah kita tunggu 11 Julai nanti. Kepada penyokong-penyokong negara Eropah, tak perlulah nak mengharap sangat pasukan anda menang sebab semuanya sudah dirancang.

Tentang Kematian
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Ankabut:57)

Seringkali apabila berlaku kematian keatas orang yang berhampiran. Saya akan merenung jauh, terdiam, dan berfikir sejenak tentang keadaan mereka yang menghadapi kematian. Terasa ingin melihat apa yang mereka nampak, dan merasai apa yang mereka rasa. Ianya sesuatu yang tak dapat dibayangkan walaupun sering kita dengar melalui ceramah-ceramah agama, dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith bayangan saat-saat menghadapi kematian. Apa pun, pemergian mereka mendahului kita tidak lain hanyalah sebagai peringatan bahawa kita juga akan mengikuti jejak mereka suatu hari nanti. Persoalan bila, dan bagaimana caranya, hanya Allah yang mengetahui.

Bagi saya, kematian merupakan saat paling genting dalam perjalanan manusia. Bermula dari alam roh, seterusnya lahir ke dunia sebagai manusia, saat kematian adalah penentu arah dan haluan kita untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Alam Kubur adalah tempat dimana kita akan mendapat bayangan syurga atau neraka. Bagi yang ke syurga, mereka akan berbahagia di sana dan sebaliknya, akan merasa azab sehingga tiba hari akhirat.

Kematian merupakan salah satu dari kunci perkara ghaib seperti yang disabdakan dalam hadith diriwayatkan oleh Ibnu Umar R.a, Rasulullah bersabda, ”5 kunci perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya,

1)     Tiada siapa pun mengetahui apa yang tersimpan dalam rahim ibu.

2)     Tiada siapa pun mengetahui apa akan terjadi keesokan hari.

3)     Tiada siapa pun yang mengetahui bila hujan akan turun

4)     Tiada siapa pun mengetahui di negeri mana dia akan mati

5)     Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(hadith riwayat bukhari)

Saya ingin kongsikan pengalaman saya melihat sendiri saat seorang wanita menghadapi kematian. Semoga kita beroleh iktibar

Setiap hari Ahad, Abah, akan mengendalikan kursus haji di masjid Felda Jengka 10. Ramai bakal haji dan hajah dari tanah rancangan felda seluruh Jengka akan datang ke masjid Jengka 10 untuk mengikuti kursus haji tersebut. Hari itu, adalah merupakan hari terakhir kursus haji untuk jemaah haji tahun 2008. Maksudnya, selepas ini, mereka sudah boleh membuat persiapan terakhir untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah.

Di laman masjid, terdapat beberapa gerai utk peserta-peserta kursus haji bershopping. Contohnya, gerai menjual jubah-jubah, kain ihram, kaset-kaset ceramah dan juga makanan. Saya dan abang juga tidak ketinggalan menjual kurma, kismis serta air zam-zam (sebab abah suruh).

Dipendekkan cerita, aktiviti jualan terhenti seketika apabila abah memulakan ceramah beliau. Semua peserta masuk ke masjid. Saya dan abang berada di beranda masjid, menyaksikan mak dan makcik-makcik lain menyediakan makanan untuk waktu rehat, jam 10.30 pagi nanti. Saat itu, ada seorang wanita berpangkat nenek berjalan melalui kami dengan keadaan terbongkok-bongkok memasuki masjid. Kemudian dia diikuti oleh seorang lagi wanita yang umurnya lebih kurang sebaya mak. Mak memperkenalkan kepada saya wanita itu yang tidak lain dan tidak bukan, guru sekolah rendah saya dahulu, Cikgu Kamariah.

Kami pun berbual-bual di beranda masjid. Rupa-rupanya, nenek tadi adalah ibu mertuanya yang akan ke Tanah Suci tahun ini. Dia hanya datang untuk menemani ibu mertuanya itu. Tiba-tiba, terdengar suara dari dalam masjid, “Maknya ni pengsan.” Cikgu Kamariah bergegas masuk ke dalam masjid. Saya hanya melihat dari luar keadaan nenek itu yang tercungap-cungap. Kelihatan abah menuang air zam-zam ke mulut nenek itu. Tidak berapa lama selepas itu, nenek tersebut didukung keluar oleh anaknya (suami Cikgu Kamariah) untuk dibawa ke hospital.

Abah menyambung ceramah beliau selepas itu sebelum menerima sms yang mengatakan nenek tersebut sudah meninggal dunia. Semuanya berlaku dalam waktu yang singkat. Dalam kata-kata abah, beliau menyebut,  nenek itu meninggal dunia di dalam masjid, tempat yang baik di saat sedang menuntut ilmu, insyaAllah mati ketika menuntut ilmu adalah mati syahid.

Semuanya berlaku dengan pantas. Tiada siapa yang mengetahui bahawa nenek itu akan pergi ketika itu. Saya sendiri tidak mengetahui bahawa perjalanan nenek itu melepasi saya dan abang adalah perjalanannya ke tempat nyawanya akan diambil. Semuanya seakan-akan kebetulan, namun hakikatnya, semuanya telah diatur oleh Allah, tuhan yang Maha Kuasa, dan Maha Mengetahui.

Selepas membaca kisah ini, mungkin kita tertanya-tanya, kemanakah perjalanan kita selepas ini?

Al-Fatihah untuk arwah Nur Nazihah bt Manan, Pelajar tahun dua Dongyang Mirae University, Seoul yang meninggal dunia pada 26 Mei 2010. Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman, Amin…

Bangkitlah Bangsaku
Dilema Melayu

Melayu malas, tidak berdaya saing, lebih gemar berada dalam keadaan selesa, Melayu mudah lupa. Kata-kata yang sering kita dengari, kadang-kala keluar dari mulut orang melayu sendiri. Bukan berniat merendahkan bangsa sendiri, jauh sekali menghina. Tapi itulah hakikat yang berlaku. Kebanyakan dari kita tidak begitu berani untuk mencabar kemampuan diri. Lebih gemar mengikut arus, dan tidak mahu berkembang.

Ada yang mendakwa bahawa, bangsa melayu adalah bangsa petani. Jadi, tidak hairanlah jika melayu lebih gemar mengikut, dan tidak mempunyai lonjakan untuk maju. Kerana sikap dan gaya kerja petani, memang menuntut mereka untuk melakukan perkara yang sama, dan lebih berserah kepada takdir. Namun begitu, benarkah bangsa Melayu ini adalah bangsa petani dan hanya tahu bertani?

Kita Bangsa yang Hebat

pelabuhan melaka sekitar kurun ke 15

Bangsa Melayu sebenarnya dalah bangsa yang hebat dan pernah melalui zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 15, setelah parameswara memeluk islam. Bangsa Melayu ketika itu bukanlah bangsa petani, sebaliknya adalah bangsa yang sangat hebat dalam perniagaan. Buktinya, Melaka ketika itu adalah pusat perdagangan yang terkemuka dan dikunjungi oleh pedagang-pedagang asing dari China, India dan juga Timur Tengah.

Ini juga membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya memiliki kemahiran marketing yang hebat kerana berjaya mempromosi pelabuhan Melaka kepada pedagang-pedagang asing untuk berdagang. Mustahil pedagang-pedagang asing akan berdagang di Melaka walau bagaimana strategik sekalipun pun tempat tersebut kalau tiada promosi yang hebat dari orang Melayu Melaka pada ketika itu. Jadi itu memang bukti yang jelas bahawa kita, bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat dalam perniagaan.

Perkara yang paling menakjubkan yang menjadi bukti kehebatan orang Melayu ketika itu ialah, mereka mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan oleh semua pedagang dari pelbagai bangsa untuk berdagang. Selain dari menjadi bangsa yang hebat, bahasa Melayu juga mempunyai kelasnya yang tersendiri pada ketika itu, setaraf dengan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa global sekarang. Dan, apa yang menariknya adalah semua kehebatan orang Melayu ini terserlah, selepas mereka menerima Islam. Dan Melaka ketika itu, selain dari pusat perdagangan utama, juga merupakan pusat penyebaran agama islam.

Kedatangan Penjajah Mengubah Segalanya

Kedatangan penjajah telah mengubah pemikiran bangsa Melayu. Melayu telah dipaksa bertani. Hasil-hasil kekayaan bumi di tanah Melayu diambil dan di bawa ke negara mereka. Dan setelah lebih 400 tahun dipaksa bertani, akibatnya, gaya hidup dan pemikiran petani telah sebati dengan masyarakat Melayu. Tanggal 1957, penjajah telah memberi kemerdekaan kepada kita dengan jiwa dan pemikiran kita yang telah diubah hampir sepenuhnya. Dengan budaya barat yang semakin menguasai dunia, generasi Melayu kini semakin jauh dari islam.

Bangkitlah Bangsaku

Sejarah telah membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang hebat satu ketika dahulu. Sejarah sepatutnya mampu mengubah mentaliti kita kerana dengan sejarah, kita dapat mengenal jatidiri kita. Perkara yang paling penting ialah, kita hebat setelah menerima islam sebagai pegangan hidup kita. Dan dalam keadaan sekarang, kita perlu kembali berpegang teguh dengan ajaran islam untuk menaikkan kembali maruah bangsa kita yang kian pudar.

Kita lahir sebagai bangsa Melayu, dan selamanya akan menjadi Melayu. Jadilah Melayu yang mulia dengan islam.

Azam Tahun Baru….
31 Disember, wartawan sebuah stesen TV terkemuka turun ke ibu negara untuk menemuramah beberapa orang warga ibu kota tentang azam tahun baru mereka.

“Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik.”

“Abang rase tahun baru ni, abang nak lebih tekun bekerja.”

“Sebagai pelajar yang berkaliber, saya nak belajar bersungguh-sungguh.”

“Ni rokok gua yang last la ni bro, pukul 12 malam masuk je, gua berenti.” [sambil memegang sebatang rokok yang masih berasap. Kelihatan dipoketnya masih terdapat sekotak rokok Salim (bukan jenama rokok sebenar)].

Itulah beberapa contoh azam orang kita. Memang saban tahun, azam yang kita dengar lebih kurang, simple, dan mungkin jugak boleh dikatakan biasa. Nak jadi baik, lebih rajin, lebih tekun, dan macam-macam lebih lagi. Sebelum tu, mari kita kaji dan teliti dulu apa bendanya yang kita tafsirkan sebagai azam ni. Asyik sebut je tak faham maksud pun susah jugak.

Perkataan azam ni sebenarnya dipinjam dari bahasa arab iaitu azam(sama je), yang kalau diterjemahkan sebijik, membawa maksud keazaman(lebih kurang jugak). Keazaman ni pulak kalau diteliti maksudnya lebih kurang ialah tolakan dalam diri kita untuk mencapai sesuatu yang diingini. Kiranya, azam ni sangat berkait rapat dengan impian, keinginan, atau sesuatu yang kita ingin capai.

Kesimpulan awalnya, azam tahun baru ialah apa yang kita nak capai dalam tahun baru tu la, sepanjang 12 bulan atau 365 hari yang akan datang ni. Kalau tengok azam kawan-kawan kita kat atas tadi, ada yang nak belajar bersungguh-sungguh, ada yang nak jadi baik dan macam-macam lagi. Kiranya, dalam masa sepanjang-panjang 365 hari tu, apa yang ingin dicapai adalah nak rajin belajar, jadi baik, dan sebagainya.

Seharusnya, kita meletakkan satu target yang lebih besar sebanding dengan tempoh setahun yang panjang tu. Azam itu sendiri melambangkan diri kita dan apa yang kita fikirkan(the power of thinking bak kate Ammar Pres). Jadi kalau azam kita biasa-biasa je, maksudnya, kita ni adalah seorang yang biasa-biasa je la. 365 hari tu sebenarnya adalah masa yang sangat panjang untuk meletakkan target yang biasa-biasa dan umum. Apabila kita meletakkan target yang rendah dan biasa, sebenarnya kita telah merendahkan kemampuan diri kita sendiri.

Untuk mencapai impian yang besar perlulah disertai dengan usaha yang bukan kecil. Jadi, untuk target dalam masa setahun, perlu juga diselitkan dengan target jangka masa pendek yang mungkin lebih kecil, tapi menghala kearah target besar yang kita dah letakkan tadi. Sebagai contoh, target untuk tahun ini adalah untuk menghafal Al-Quran 15 juzuk. Jadi, untuk mencapai 15 juzuk tu, perlu la diletakkan target berapa muka surat seminggu, atau sebulan, atau beberapa selang masa yang sesuai.

Kiranya, target umum yang asalnya ramai orang letak sebagai azam tahun baru itu seharusnya diletakkan sebagai target jangka masa pendek untuk mencapai satu target dalam tempoh setahun. Dan target setahun tu pulak perlu dihalakan ke arah target yang lebih besar, mungkin untuk dicapai dalam masa 5 atau 10 tahun. Apa pun, pastikan ada kesinambungan dalam setiap target yang kita ingin capai dalam masa-masa tertentu. Baru la hidup nampak lebih tersusun dan matlamat hidup dan cara untuk mencapainya nampak lebih jelas.

Secara ringkasnya, kita perlu memiliki impian yang besar dalam hidup ni. Letakkan beberapa target sampingan dalam perjalanan sepanjang mencapai impian yang besar tu. Beranikan diri untuk menanam impian kerana setiap kejayaan yang besar itu, bermula dengan impian yang besar, dan disertakan dengan usaha yang konsisten.

~Mengubah Dunia Melalui Mimpi~

Kahwin Awal : Yang Berkat Jadi Mudarat
Entri kali ini dirembat 100% dari sebuah buku yang bertajuk “Satu Rasa Dua Hati” tulisan Pahrol Mohd Juoi sebabnya aku memang takde pengalaman nak menerangkan pasal isu ni, dan jugak takde pengalaman berhadapan dengan situasi yang macam ni. Ianya memang bagus untuk mereka-mereka yang rasa-rasa macam nak kawen awal. Sama-sama la membaca dan mengambil pengajaran. Satu bab je, kalau nak baca bab-bab yang lain, beli la buku ni. Dapatkan di pasaran dengan hanya RM22.50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM27.50 bagi Sabah dan Sarawak.

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba, seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya,

”kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?”

Saya lantas menjawab, “Tuk dulu kahwin cepat?”

“Umur 15 tahun nenek kau dah dapat anak seorang…”

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

“Bahagia Tuk?”

“Tak bahagia apa…anak Tuk 12 orang!”

Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.

“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh kata saya tak sabar,” adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira dah terlajak dah tu.”

“Betulkah saya tak sabar Tuk?”

“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. selamat dari maksiat. Kalau tak sabar, Tuk lagilah tak sabar, umur 17 tahun dah kahwin, hehehe.”

“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal lambat atau cepat, tapi soal dah bersedia ataupun tidak?”

“Setuju. Tapi kenalah huraikan maksud bersedia tu.” Tajam Tuk membalas.

“Kalau ikut Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”

“Soal ni tak boleh agak-agak, mesti tepat.”

Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur. Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri. Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”

Saya merenung panjang. Tertikam di sudut hati pertanyaan, sudahkah saya matang sewaktu berkahwin dulu?

“Jangan termenung. Tuk Cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul. Nanti tak kahwin pulak.” Usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

“Macam mana saya nak matang?” Tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa lambat.

“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan, umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar fardhu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh, buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”

“Itu saja? Ilmu lain?” Tanya saya ringkas.

“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan, ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni nasib tak baik. Kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sekarang ni..”

“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik Haji.”

“Tak senang, tapi mudah-mudahan tenang. Tu la doa Tuk, biar hidup kita tenang.”

“Agaknya, sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” Cuit saya, kembali ke tajuk asal.

“Ni agak Tuk lah. Budak sekarang ni tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 tahun dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan berzanji tu, dah lancar. Tapi sekarang, umur dah 23 pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali.” Terbayang kekesalan di wajahnya.

Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadi. Bila ditanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja.”

“Kalau macam tu macam mana?”

“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anak nanti? Tu baru ilmu paling asas, belum lagi ilmu…apa orang putih kata…parenting skill.”

“Tuk pun tahu parenting skill?”

“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku. Macam-macam ada.”

“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga…nanti terjebak dengan maksiat,” kilas saya.

“Tulah, ajaran islam ni macam rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya. Ilmu Tauhid, Fekah, dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi bila dah kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material pun ada.”

“Macam mana kalau dilambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”

“Apa pun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama, sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan ditambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal kerja, profesion. Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada.”

“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, buat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.”

“Antara dua keadaan ni, yang mana kita patut pilih?”

“Perlukah membuat pilihan? Pada Tuk, pilihlah keadaan yang tak memaksa kita membuat pilihan!”

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Yang Lebih Berharga Dari Itu….
“Role Model” terbaik

Bercerita kisah junjungan besar kita Rasulullah s.a.w, adalah perkara yang memang menyeronokkan. Ketabahan, kesungguhan, dan semangat yang dipupuk sejak zaman kanak-kanak telah menjadikan baginda seorang pemimpin yang agung pada zaman dewasanya. Perkara ini la yang seharusnya kita, golongan yang baru-baru nak naik ni ambik iktibar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Memang pun Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

Kesusahan hidup yang dialami oleh baginda yang membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan baginda seorang yang mampu berdikari. Dari kecil, Rasulullah telah bekerja mengembala kambing penduduk mekah dengan bayaran yang rendah seperti sabda baginda tentang dirinya,”Dahulu, saya mengembala kambing penduduk Mekah dengan bayaran qararit(1/24 dinar)”.

Memasuki zaman remaja, baginda mula mem”follow” bapa saudaranya, Abu Thalib pergi berniaga. Dalam perniagaan pulak, baginda adalah seorang yang sangat jujur, dan tak menipu. Mungkin la pada zaman tu, orang rasa kalau tak menipu, tak untung. Jadi jujur ni jugak mungkin menyebabkan kerugian dalam perniagaan ketika zaman tu.

Dari situ sebenarnya, kita dapat lihat bahawa ada perkara yang lebih berharga dari wang, dan keuntungan yang besar iaitu, kemahiran, kesabaran, ketabahan, dan kepercayaan. Walaupun upah yang diberi tidaklah sebesar mana, tapi dengan mengembala kambing, Rasulullah secara tidak langsung telah belajar erti kesabaran dalam menjadi seorang pemimpin. Dengan kejujuran juga, mungkin keuntungan ketika itu tidaklah berlipat ganda, tapi, apa yang diperoleh ialah kemahiran berkomunikasi dan berunding, serta kepercayaan daripada pembeli.

Nilai Kegagalan

Keputusan peperiksaan yang tidak begitu memuaskan memang menyakitkan hati jugak sebenarnya. Itu la yang terjadi masa dapat result UPSR 9 tahun yang lalu. Ketika seorang cikgu bertanya kat aku, ”macam mana result?” lalu aku menjawab dengan kecewanya,”takde rezeki la cikgu”. Satu ayat yang aku ingat sampai sekarang, yang cikgu tu cakap ialah,”bukan takde rezeki, rezeki belum sampai”. Baru la aku sedar bahawa kegagalan itu bukanlah satu kekalahan, tapi adalah kejayaan yang tertunda.

Kegagalan itu juga la yang menyediakan kita untuk menjadi manusia yang lebih berjaya di masa akan datang. Kegagalan tak seharusnya menjadikan kita lemah, sebaliknya harus menjadikan kita lebih kuat. Bersyukurlah kerana dikurniakan kegagalan, dan bukan mengeluh. Ramai orang yang menyalahkan takdir, mencerca diri sendiri kerana kegagalan, dan ada jugak yang menyalahkan keturunan sebab kegagalan.”Agaknya, aku ni dari gen penternak lembu kot, tu pasal tak pandai-pandai”. Jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa, sebaliknya merenung diri kita sendiri apabila merasakan hasil yang dapat tidak setimpal dengan usaha. Mungkin Allah ingin memanggil kita dekat pada-Nya kerana kita telah begitu jauh dari-Nya, atau mungkin juga Dia ingin melihat sejauh mana kita redha dan bersabar dalam menghadapi ketentuan-Nya.

Akhir sekali, sedarlah bahawa, disebalik kegagalan itu, terdapat sesuatu yang lebih berharga iaitu ketabahan, kegigihan dan cinta Illahi andai kita mampu menterjemahkannya dengan lebih positif.

“Disebalik ombak besar yang menghempas pantai, dan memukul semua yang di atasnya, tersimpan mutiara yang indah dan tak ternilai harganya, hanya untuk mereka yang sanggup menyelaminya.”

Selamat menyelam……^^

Pentingkan Diri Dulu…
Al-kisah Kapal Terbang

Pernah naik kapal terbang? Mesti ada yang pernah, dan ada jugak yang tak pernah. Bagi yang sedang berada di luar negara sekarang, mesti la pernah. Takkan datang negara orang naik rakit pulak kan? naik kapal terbang memang best kadang-kadang. Tapi kadang-kadang bosan jugak sebab duduk je. Nak main bola atas tu tak boleh pulak. Apa-apa pun, kepada yang belum pernah naik kapal terbang, try la naik sekali sebab ia adalah pengalaman yang tak sama dengan pengalaman naik bas.

Semasa awal-awal kapal terbang baru berlepas, biasanya akan ditayangkan video tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penumpang andai berlaku perkara yang tak diingini. Dalam video tersebut akan di terangkan mana letak pintu kecemasan, mana letak jaket keselamatan, macam mana nak guna jaket keselamatan, dan juga apa yang perlu dilakukan kalau oksigen berkurang. Lebih kurang gitu la. dan antara yang ditegaskan berulang kali adalah kalau ada budak kecik kat sebelah kita, yang tak reti nak buat benda tu semua sendiri, kita mesti tolong buat untuk diorang setelah dipastikan yang kita dah setel semua dulu. Contohnya, kalau kita dah siap pakai oxygen mask, baru la boleh kita pakaikan dekat budak kecik kat sebelah kita tu.

Rasionalnya adalah supaya kita dapat selamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. bagaimana dalam keadaan kita belum sempat pastikan diri sendiri selamat, kita juga tak sempat nak tolong orang lain? bukankah sudah ada dua nyawa yang akan terkorban? Dan secara logiknya, jaket keselamatan, atau oxygen mask untuk kita adalah lebih dekat, mudah dicapai dan lebih mudah untuk kita pakaikan untuk diri sendiri berbanding untuk orang lain. sebab tu la dalam keadaan kecemasan, lagi elok kita pentingkan diri sendiri. Bukan tak perlu tolong orang lain, cuma pastikan diri sendiri selamat dulu.

Al-Kisah Ketua Iblis

Israfil terbaca di Lauhul mahfuz tentang malaikat yang akan dilaknat oleh Allah kerana ingkar akan perintah Allah dan segala amal ibadat dan ketaatannya sebelum itu akan menjadi sia-sia. Ternyata semua malaikat yang mengetahuinya menjadi bimbang kalau-kalau mereka yang dimaksudkan. Lalu mereka sepakat bertemu Azazil, yang terkenal dengan ketaatan dan kemakbulan doanya. Lalu dia berdoa untuk malaikat lain tetapi terlupa berdoa untuk diri sendiri.

Akhirnya, setelah diciptakan Adam, maka sujudlah semua malaikat kepada Adam seperti yang diperintahkan Allah kecuali Azazil. Dengan keingkaran Azazil itu, dia telah dikeluarkan dari syurga dan segala amalannya selama ini hanyalah sia-sia. Dan sejak itu juga, dia dikenali sebagai Iblis. Namun dia berjanji untuk menyesatkan golongan manusia untuk sama-sama menjadi membernya dalam neraka kelak.

Risaukan Kawan…

Pernah seorang sahabat meluahkan kepada saya, perihal kawannya yang tak berubah perangainya. Dari mula kenal, sampai la sekarang. Macam tu jugak. Jawab saya kepadanya, “pada akhirnya, setiap orang yang berfikir itu akan sedar”. “Berfikir je? Walaupun takde usaha untuk dapatkan petunjuk?” tanyanya. “berfikir itu juga adalah salah satu usaha untuk beroleh petunjuk dari Allah. Kalau tak berubah gak, itu maksudnya dia taknak berubah la. tapi, jangan berhenti berdoa untuk kebaikannya dan selalu menasihatinya.”

“dan yang paling penting. Dalam kita risaukan orang lain, pastikan diri kita ni pun dalam usaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Ibadah perlu istiqamah dan sentiasa berdoa untuk diri kita jugak. Takut nanti jadi macam Azazil. Berdoa untuk kebaikan orang lain, sampai lupa berdoa untuk diri sendiri.”

(entri untuk http://www.kimsnet.info/)

Aplikasi Solat dalam Sistem Politik
Nampaknya, bahang PilihanRaya PPMK dah semakin dirasa. Senarai calon pon dah dikeluarkan, dan masing-masing dah mula berkempen untuk calon yang disokong. Jadi memang macam kene jugak la kalau aku tulis entri pasal mende ni, “Aplikasi Solat dalam Sistem Politik.” Sebenarnye, isi-isi yang korang akan baca ni aku rembat dari satu tazkirah kat saluran Astro Oasis-Inspirasi Sanubari. Jadi kalau sape-sape rase macam penah tengok gak, dan nak tambah apa yang kurang boleh la melakukan sedemikian dengan mengomen di ruangan komen di bawah.

Mula-mula sekali, cuba kita bandingkan dalam solat, dan dalam sebuah negara, atau komuniti. Dalam negara, ada presiden, atau perdana menteri, dan ada juga rakyat. Dalam sesebuah komuniti pulak ada ketua masyarakat dan penduduk. Begitu jugak dalam solat, ada imam dan ada makmum. Walaupun mengguna pakai istilah yang berbeza, maksudnya tetap sama iaitu, ada pemimpin, dan ada jugak yang dipimpin.

Seterusnya, macam mana plak panduan untuk memilih pemimpin? Moh kita tengok macam mana cara kita pilih imam. Biasanya, imam yang dipilih adalah yang ada ilmu la untuk menjadi imam. Seterusnya, bacaannya baik dan makmum yang follow belakang pun rasa best je nak ikut. Yang paling penting gak. mesti la orang yang akhlak dia baik jugak. Bukan orang fasik tak boleh jadi imam, cuma lebih elok kalau imam tu adalah orang yang akhlaknya lebih baik.

pemimpin perlu menjadi contoh kepada yang dipimpin..(sekadar gambar hiasan)

Benda ni la jugak yang patut kita contohi dalam memilih pemimpin. Orang yang nak dipilih mesti la ada ilmu dalam kepimpinan, orang yang kita segani, boleh dicontohi, dan jugak orang yang berakhlak baik.

Dalam solat, setiap perbuatan akan didahului oleh imam, dan diikuti oleh makmum. Kalau imam tu dah angkat takbir, baru la makmum akan angkat takbir. Kalau imam tu sujud, baru la makmum sujud. Dan setiap kali imam nak suruh makmum ikut dia, imam akan sebut, ‘Allahuakbar’ atau ‘Sami’allahu liman Hamidah’.

Bagaimana pulak dalam sistem politik? Pemimpin seharusnya melakukan sesuatu dahulu sebelum menyuruh rakyat buat benda tu. Pemimpin tak boleh suruh rakyat berjimat sedangkan dia sendiri membazir. Pemimpin jugak mesti la buat baik dulu sebelum suruh rakyat buat baik. Baru la kena. Kalau tak, jadi la pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Dan cara untuk menyuruh pulak mestilah dengan perkataan-perkataan dan cara yang baik. Sebagaimana dalam solat, imam menggunakan perkataan ‘Allahuakbar’, dan ‘Sami’allahu liman hamidah’.

Sesungguhnya, imam jugak adalah manusia yang kadang-kadang melakukan kesilapan. Imam bukan la malaikat yang tak buat dosa. Mereka juga bukan lah power rangers atau gaban yang tak pernah gagal menewaskan musuh mereka. Jadi, secara lumrahnya imam pun akan tersalah baca. Tak pun ter’skip’ rukuk ke, terus sujud. Jadi, menjadi tanggungjawab makmum la untuk menegur. Dan islam ajar kita, kalau nak tegur imam, kene sebut ‘subhanallah’, ataupun kalau imam tersalah baca, betulkan bacaannya. Dan bila dah kena tegur, imam ni kena la akur dan membetulkan kesalahannya tadi.

Begitu jugak dengan pemimpin. Mereka bukan perfect. Kadang-kadang, diorang pun buat silap jugak. Jadi rakyat kena tegur kesilapan pemimpin ni dengan cara yang baik. Tak buleh la nak tegur dengan perkataan-perkataan kesat dan sebagainya. Dan bila dah ditegur, dan teguran tu pulak memang betul, pemimpin kena la akur dan membetulkan kesalahan mereka.

Itu la sedikit sebanyak yang aku buleh kongsikan. Kepada yang nak bertanding, selamat bertanding. Kepada yang nak mengundi pulak, pilih calon yang anda rasa betul-betul layak. Dan kepada yang akan dipilih nanti, selamat menjalankan tugas.

renung-renungkan, dan selamat beramal…..

Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Semalam, Kak Long mintak request kat aku, “adik, sekarang ni kan musim orang pegi haji, tulis la pasal haji”. Mentang-mentang la dia dapat gi haji tahun ni. Dan-dan je suruh aku tulis pasal haji plak. Hehehe… Tahun ni giliran Along ngan Kak Long pulak ikut Abah. Tahun Lepas Bang Iem ngan kak Mas. Aku? insyaAllah, ada rezeki, panjang umur, ade la tu. Lepas-lepas kawen ke, buleh bawak bini sekali.

Definisi Haji kalau ikut buku panduan mengerjakan haji dan umrah yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji ialah, mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya. Dalil yang menunjukkan haji ni wajib adalah, firman Allah, “Dan Allah s.w.t mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan haji itu) maka sesungguhnya Allah s.w.t Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) dari sekelian makhluk”.(Ali Imran, ayat 97).

Selain tu jugak, haji ni jugak adalah merupakan jihad yang paling utama bagi menundukkan nafsu, sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Aishah r.a katanya,”wahai Rasulullah, kami berpendapat jihad adalah amalan paling utama, mengapakah kami tidak diberi peluang berjihad? Rasulullah menjawab, “bagi kamu terdapat jihad yang lebih utama (bagi melawan hawa nafsu) iaitu haji yang mabrur”.

Kalau dah namanya ibadah, pasti la ada rukunnya, syarat wajib, syarat sah, dan perkara yang membatalkan haji. Tapi kalau nak tau, elok la ikut kursus haji, sebab kalau aku nak terangkan, takut la pulak salah ke ape ke. buat haji pun tak penah kan. Kalau kat area Jengka, boleh la jumpa Ustaz Sarif bin Saad. Kalau kat tempat lain tak tau la pulak aku.

Jadi yang aku nak cerita sekarang adalah fenomena yang sering berlaku ketika musim-musim haji ni. “Kak Jah nanti kalau sampai kat sana nanti jangan lupa beli periuk kat sana ye. Saye dengar kat sana murah-murah periuk dia. Kalau boleh nak yang sebesar-besar umat punye periuk. Yang kecik-kecik ni tak feeling nak masak”. Itu satu. Ada lagi pulak dah yang lain. “Cik Nah nanti tolong la tengok-tengok kan batu cincin kat sana. Kalau dapat pakai, nak menunjuk kat jiran sebelah best gak. Takleh sabar ni nak tengok muka dia nanti bila nampak saya pakai cincin tu kang…hihihi”. Orang tu pegi nak buat ibadah, bukannye nak doa supaya dapat haji mabrur ke, ape ke, disuruhnya pulak beli macam-macam. Kalau kena tax barang terlebih berat kang sape nak menjawab?

Itu takpe lagi. Ni ade pulak dah,”Bang Mat nanti tolong bawak balik besi kebab, saya nak seru toyol la”. adeh. Jangan tak caya benda-benda ni memang ada. Orang tu nak beribadah tak pepasal nak libatkan dengan benda-benda syirik ni. Sudahnya, Jangankan haji mabrur, haji Marlboro pun tak dapat.

Ramai gak yang tertanya-tanya, kenapa ada orang yang balik dari Mekah, tapi perangai tak berubah pun. lagi jahat lagi pun ada. Kalau sebelum gi mekah, perangai macam Namrud, dah balik, mengalahkan Firaun. Sebenarnya, sama je dengan ibadah-ibadah lain. Kalau ikutkan, solat pun sebenarnya dah cukup nak melindung kita dari kemungkaran, seperti firman Allah, ”…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (Al-Ankabut ayat 45). tapi, ramai yang dah bersolat pun masih melakukan kemungkaran. Sebabnya, mungkin kualiti dalam solat kita itu masih belum mampu mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Mungkin, khusuknya kurang, atau ada bacaan yang tak sempurna dan sebagainya. Macam tu jugak haji. Mungkin, niat pergi tadi, ibadah letak nombor dua, yang first-first sekali niat nak shopping, mungkin rukun tak sempurna dan sebagainya membuatkan haji kita tidak layak diiktiraf sebagai jihad yang utama seperti hadith kat atas yang awal-awal tadi tu.

Sebagai pengakhirannya, aku nak kongsikan beberapa gambar yang diambil masa mengerjakan umrah time darjah 5 dulu. Semoga lepas ni diberi keizinan oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya sekali lagi. Kali ni untuk buat haji pulak. Kepada Abah, Along, dan Kak Long, selamat mengerjakan ibadah haji. Semoga beroleh haji yang mabrur…..Aaammmiiinnnn..

tempat membaling abang Itan (Syaitan)

ni...jap...nak kate anak Arab, idung tak besar plak...hehehe...

Bersama abang tercinta...kat mana ntah...tak ingat..

bersama abang tercinta lagi...

bersama kak lang tercinta pulak

di Uhud

masjid Quba' kot...

Berani Kerana Benar
“kadang-kadang, bila nak letak kata-kata nasihat kat status facebook ke, ym ke, mesti terfikir, takut orang cakap kita nak menunjuk-nunjuk la, bajet baik la.” tiba-tiba Samad (bukan nama sebenar), bersuara ketika kami tengah sama-sama membuat semakan terakhir untuk exam yang dalam 10 minit lagi nak mula. “apsal nak takut? Letak je. Jangan fikir apa yang orang cakap. Yang penting, niat kita baik.”balas aku. (macam tak caya pulak aku bagi nasihat berguna kat orang…heheheh)

Kata-kata Samad sebenarnya telah menyedarkan aku tentang realiti yang memang berlaku zaman sekarang ni. Kita mesti kena baik dulu sebelum bagi nasihat. Kalau tak baik, kang kena la balik.

“hak elah, kau nak bagi nasihat kat aku, kau pun selalu gak kutuk-kutuk orang. Kau ingat aku tak tau?”

“kau ni apsal nak tegur-tegur aku ni? Aku khatam quran dulu dari kau kau tau tak?”

“aku taknak dengar cakap kau. Sebab aku lagi hensem 20% dari kau”(ade gak orang cakap gini?)

Konsekuensi dari situasi tersebut adalah kurangnya manusia-manusia yang nak membetulkan kesalahan-kesalahan yang memang dah jelas di depan mata. Semua orang-orang yang baik dan sedar akan merasa, “cukuplah aku tak buat”. Maka berleluasa la kemungkaran dari sekecik-keciknya, dan kalau dibiarkan akan menjadi sebesar-besar kemungkaran.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang memang dah selalu sangat kita dengar. “apabila kamu melihat kemungkaran, maka perbetulkanlah dengan tangan, jika tak mampu, perbetulkanlah dengan kata-kata, jika tidak mampu, tegurlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadith ini, selain dari menyuruh kita mencegah kemungkaran, ia juga boleh digunakan sebagai indikator untuk mengukur sejauh mana iman kita. Kalau bencikan kemungkaran pun dah dikira sebagai selemah-lemah iman, macam mana pulak tahap bagi yang suka melakukan kemungkaran pulak?

Ramai yang tak berani nak menegur kesalahan orang lain sebab merasakan diri masih belum baik dan layak untuk menegur. Sedar la semua, tiada manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah buat dosa. Mengajak berbuat baik bukan bererti kita dah melakukan segala kebaikan, tapi kerana kita cintakan kebaikan dan berusaha untuk melakukannya, dan mencegah kemungkaran bukan bererti kita bersih dari dosa, tetapi ia membuktikan kita bencikan kemungkaran tersebut dan sedang berusaha meninggalkannya.

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, aku nak petik la sepotong ayat quran dari surah Ali-Imran ayat 110.

“kamu adalah sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu),

menyuruh berbuat baik, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman

kepada Allah.”

Kita sebagai umat Nabi Muhammad ni dimuliakan oleh Allah dalam ayat Quran diatas bukan sebab ibadah kita. Kalau nak bandingkan umat nabi terdahulu lebih hebat ibadah diorang. Tapi, kita dimuliakan sebab kita menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran.

“Aik? Tadi kau kejut aku semayang subuh. Ini kau tak semayang lagi dah tidur balik?”

“aku dah suruh kau semayang dah. Kire amar makruf la tu. Lagi mulia dari orang beribadah.”

“adeh, ini la kes kalau tak abes belajar lagi tok guru dah pencen.”