Hikayat Kucing Belang » Cerpen

Kerana Kau Ibuku…
Aku terus berlari keluar tanpa menoleh kebelakang, melangkah melepasi pintu rumah meninggalkan ibu. Dalam sejarah 15 tahun hidupku, inilah pertengkaran paling besar aku dengan ibu. Memang aku sebagai seorang anak tidak sepatutnya meninggikan suaraku terhadap ibu, tapi ibu juga harus faham jiwa remaja seperti aku. Aku juga inginkan kebebasan.

Sejurus aku dapat merasakan kebahagiaan Hadi, rakan sekelasku yang juga rakan baikku. Dia dapat apa yang dinginkan. Aku juga ingin sepertinya, ke sekolah menunggang motorsikal. Memang nampak hebat. Aku sedah membayangkan diriku diatas 125Z sambil diperhatikan pelajar-pelajar perempuan memasuki pagar sekolah. Tetapi,

“Ibu bukan taknak bagi Syam, tapi kau belum ada lesen lagi. Kalau jadi apa-apa susah nanti.”

“Tapi ibu, kawan-kawan Syam semua dah ada motor sendiri gi kelas. Syam sorang-sorang je naik bas”

“Syam tak boleh….”

Belum sempat ibu menghabiskan kata-katanya, aku terus melangkah keluar tanda protes. Itulah kali terakhir aku melihat wajah ibu buat setakat ini. Sebenarnya, ada sedikit rasa menyesal dalam hatiku. Tapi, andai ini mampu mengubah fikiran ibu, rasanya tak menjadi masalah. Bagi aku, sebagai anak, aku perlu juga menyuarakan isi hati dengan cara sebegini.

“Haus pulak tekak ni,” detik hatiku lantas terus menggerakkan kakiku yang tidak berdestinasi ini ke kedai Tujuh Sebelas yang terdekat. Sesampai di kedai, kakiku terus terarah ke peti ais lantas menyambar tin Pepsi yang paling dekat. Sebelum sampai ke kaunter, mataku terhenti ke arah akhbar yang tersusun rapi di rak kedai tersebut. “Manusia Haiwan-Lagi Bayi Ditemui di Tong Sampah.” Astaghfirullah, manusia sudah hilang sifat kemanusiaan.

“Uwaaaa, uwaaa,”

“Alhamdulillah Piah, anak laki anak kau ni.” Ujar Mak Bidan lantas menyerahkan bayi tersebut kepada ibu.

“Alhamdulillah, ada juga penyambung hidup saya Mak Bidan. Kesian budak ni, bakal membesar tanpa ayah. Jangan risau bang, Piah akan besarkan anak kita dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.”

“Ini la first time aku jumpa orang bermonolog sambil guna perumpamaan. Whatever la, mana pengeras nya Piah?”

Bertuahnya aku. Masih punya ibu yang bertanggungjawab. Walaupun terpaksa membesarkanku tanpa ayah yang meninggal dunia sebulan sebelum kelahiranku, ibu tetap tabah. Hatiku mula disentuh rasa berdosa pada ibu. Tapi tak boleh, aku sedar aku masih bersalah, tapi aku tetap inginkan motorsikal. Sekali lagi aku terbayang diriku berada diatas motorsikal 125Z meluncur laju melepasi pagar sekolah. Bahagianya….

Sedang aku duduk-duduk menikmati pepsi yang enak….

“Abang, nak seringgit, nak beli roti la. Adik lapar sangat ni,” tiba-tiba datang seorang kanak-kanak sekitar umur 9 tahun menyapa aku. Pakaiannya tidak terurus.

“Mana mak ayah adik?” tanyaku.

“Ayah takde, mak tengah cari makan kat tempat lain.” Kata budak tersebut tanpa sebarang perasaan.

“kenapa buang biskut tu Syam?”

“biskut tu tak sedap.”

“tak boleh la buat macam tu Syam, itu membazir namanya. Membazir kan kawan Syaitan. Syam nak kawan ngan Syaitan ke?”

“tak naaaak.”

“nanti ibu beli biskut lain. Syam jangan buang lagi ye?”

Terdetik rasa kasihanku terhadap budak itu. Terbit didalam hatiku sedikit rasa bertuah kerana masih memiliki ibu yang mampu bekerja untuk menyara hidupku, dan memberiku makan. Tidak sepertinya.

“Abang nak bagi ke tak?”

Tanpa aku sedari, tanganku terus menghulur duit kertas berwarna biru kepada budak itu.

“Terima kasih, bang”

Aku mula merasakan diriku hampir tewas. Adakah aku terpaksa mengorbankan hasratku untuk memiliki motorsikal sendiri? Aku kini benar-benar berada di persimpangan. Satu jalan terpampang papan tanda “motorsikal”. satu jalan lagi tertulis, “ibu”. Aku perlu memilih salah satu. Jika aku teruskan hasratku, ibu mungkin akan terluka. Sebaliknya, aku tak dapat merasa menunggang motorsikal 125Z melepasi pagar sekolah.

Kakiku terus berjalan tanpa arah, sehingga ia berhenti di hadapan seorang wanita tua bertongkat. Kasihan, matanya tak mampu melihat.

“Makcik nak melintas jalan ke?”

“ye, nak”

“mari saya tolong.”

Aku memimpin makcik tersebut sampai ke seberang jalan.

“terima kasih nak, kalau la anak makcik ada lagi sekarang, ke mana-mana pun senang rasanya.”

“mana anak makcik?”

“dia meninggal, accident. Makcik dah pesan, bawak motor hati-hati. Dia dah la takde lesen. Sekarang makcik tinggal sorang-sorang je nak.” Tiba-tiba suara makcik itu berubah, sebak.

Aku mula rasa terpukul. Ibu sudah berfikir lebih jauh dari itu. Kini, aku benar-benar mengalah. Aku perlu mendapatkan ibu. Aku perlu meminta maaf kepada ibu atas ketelanjuran aku tadi. Aku mesti. Kakiku tidak tertahan lagi lantas terus berlari ke rumah. Aku sudah tidak pedulikan lagi apa-apa di sekelilingku. Di depanku, hanya wajah ibu yang kubayangkan. Tiada lagi diriku di atas 125Z melepasi pagar sekolah. Tiada lagi itu semua.

Aku menerjah pintu rumah yang tak berkunci. “Ibuuuu!!” jeritku memanggil ibu. Tiada balasan. Aku mencari ibu di segenap pelusuk rumah. Kelibat ibu tidak kelihatan. Aku mula resah.

“ada apa Syam?” terdengar suara ibu dari ruang tamu.

“maafkan Syam ibu.” Aku terus berlari ke arah ibu lantas memeluk ibu.

“maafkan Syam ibu” ujarku berkali-kali tanda penyesalan yang tak terhingga.

“tak perlu, sebelum Syam langkah keluar lagi, ibu dah maafkan Syam.” Aku terharu. Terharu dengan kemurnian hati ibu. Kasih sayang ibu tiada tandingannya. Aku bersyukur punyai ibu seperti ibuku.

“ibu ke mana tadi?”

“bank, keluarkan duit.”

“takpe la ibu, Syam tak perlukan pun motor tu.”

“bukan untuk Syam, untuk ibu. Boleh ibu bawak Syam pergi sekolah.”

~Selamat Hari Ibu~

Saatnya Kembali….
Setelah sekian lama tubuhku terbujur kaku tanpa sebarang laku, aku dapat merasakan sudah hampir tiba waktu yang telah dijanjikan Tuhan kepadaku dan aku pasti semua manusia yang beriman meyakini kedatangan waktu itu.

Di saat genting ini, aku mula terkenang akan dosa-dosa ku yang lampau. Dosa-dosaku pada Allah, pada manusia, tidak terbilang banyaknya walaupun sudah dikira dengan jari kaki dan tangan sekali. Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku dapat bangkit kali ini untuk sekurang-kurangnya menambahkan amalanku agar dapat menjadi pemberat timbangan di akhirat kelak.

Teringat aku di waktu sekolah dulu, ustazah subjek Pendidikan Islam penah berkata, saat-saat begini, godaan syaitan memang sangat kuat. Aku sudah mula merasakannya kerana saat ini, aku seakan-akan terhalang untuk melakukan perkara yang seharusnya aku lakukan. Siapa lagi pembantu aku di saat ini melainkan diriku sendiri? Tidak, aku mesti kuat.

Aku sudah mula merasakan kedinginan menyelubungi segenap tubuhku. Dalam kesamaran, aku seakan-akan terdengar suara ibu, “Nal, bangun Nal.” Hatiku tersentuh. Itu memang suara ibu. Ibu yang melahirkan dan membesarkanku. Sudah banyak dosaku pada ibu. Ampunkan Nal, ibu andai Nal tidak dapat menurut kata ibu lagi kali ini.

“Asyhaduallailahaillallah….” Sayup-sayup suara kedengaran menembusi corong telingaku. Masanya telah tiba. Aku mesti melakukannya. Namun, aku seakan tak mampu. Godaan syaitan terus mengulit diriku. “Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah..” kedengaran kesinambungan dari suara tadi. Ya Allah, sekali lagi aku memohon kekuatan dari-Mu.

Dalam keadaan aku hampir tewas. Aku seakan-akan ternampak ibu. Harapanku bersinar kembali. Semakin lama semakin jelas. Dan ditangan ibu, kulihat…..batang penyapu. “Assolatu khairun minan naummmm.” Serentak itu, “ZASS” satu libasan tepat mengenai badanku.

“Ambik kau…dah besar panjang pun liat nak bangun subuh. Dah 10 kali aku kejut.”

“Nal bangun la ni mak. Jangan la pukul-pukul, sakit.”

“Aku bukan pukul kau, aku pukul setan-setan yang ada kat kau tu. Kan da bangun pun. selesai masalah.”

Aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudu’. Kini, aku sudah kembali dari tidur. Kembali untuk memulakan hariku yang terhenti selama satu malam. Dan kembali meneruskan kehidupanku sehingga waktu yang telah ditetapkan.

Setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang, saya sudah kembali untuk mengisi ruangan ini. Semoga diberi keluangan masa untuk terus menulis lagi.

Indahnya Pelangi
“Macam mana mak? Terima ke tak?”

“Tak”

“Kenapa tak terima mak? Saya tak cukup kacakkah?”

“Mana la mak nak tau. Kau pegi la tanya diorang. Ni ha ade Zahidah bagi kau surat.”

Leman mengambil surat tersebut dari tangan ibunya lantas terus membukanya tanpa berlengah lagi. Leman meneliti satu persatu perkataan yang tertulis di atas surat tersebut. Dihayatinya ayat-ayat puitis dari kaca matanya tetapi tidak di mata orang lain. Maklumlah, coretan buah hati, semuanya nampak indah.

Kehadapan Abg Leman,

Maafkan Ida bang. Ida tahu kita pernah berjanji satu ketika dahulu untuk hidup bersama. Tapi, setelah Ida berfikir masak-masak, Ida rasa, cita-cita Ida lebih penting dari segalanya. Ida rasa peluang melanjutkan pelajaran ke Jepun tak patut Ida lepaskan.

“Apsal la kau nak pegi ke negara penjajah tu Ida?” ujar Leman di dalam hati.

Abang jangan la menyampuk, Ida tak abes tulis lagi ni.

“Eh, tau-tau je aku nak menyampuk”

Ida sebenarnya tertarik dengan Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita sekarang, Dr Mahathir. Ida berpendapat sangat penting untuk kita mempelajari budaya kerja di sana dan diaplikasikan di negara kita. Kalau abang nak tau, orang-orang sana memang sangat rajin bekerja. Jadi peluang untuk ke sana memang sudah menjadi impian Ida sejak sekolah menengah lagi. Ida harap abang dapat lupakan Ida dan cari saja la orang lain. ramai lagi yang lebih cantik dari Ida (Ida cantik ke?  ). lagi satu, Ida juga berharap agar abang berubah. Rajin-rajin la carik kerja. Macam mana nak bagi makan anak orang kalau menganggur..

Sekian, salam sayang

Yang Mengejar Cita-cita,

Zahidah Awang

Ayat terakhir Zahidah bagaikan duri yang tertancap jauh ke teras dalam hatinya. Sungguh sakit dan menyakitkan anggota tubuhnya yang lain. “Nak buat macam mana Ida, abang bukan pandai macam Ida. SRP pun tak lepas.” Kekesalan Leman jelas terbayang melalui wajah dan kata-katanya. “Hidup ini sudah tiada makna lagi kalau bukan kau yang mendampingiku Ida.” Tambah Leman seorang diri. Ternyata kegagalan cinta yang terputus di pertengahan jalan amat mengecewakan Leman. Manakan tidak, buih-buih rindu yang dipintal bersama menjadi awanan cinta, kini jatuh berguguran bersama gerimis duka. Sia-sia. Tidak bermakna lagi.

Sejak hari itu, Leman seakan-akan tidak bernyawa lagi. Hidupnya sudah hilang bersama gerimis yang jatuh ke bumi.

“Bangun la Leman. Dah tengahari dah ni. Mana tak gelapnya kubur bapak kau, Subuh pun tak semayang.”

“Ala, mak doa la untuk bapak. Man tengah kecewa ni, mak ape tau.”

“bertuah punya budak, macam ni kau cakap ngan mak kau. Aku backhand kang sesia je hidup ni kang.”

“Aik? Bila masa pulak mak buleh cakap orang putih ni?”

“Aku baru tengok kamus pagi tadi. Kau ape tau? SRP pun tak lepas. Dah, bangun. Aku dah buat sarapan.”

“Ok, Ok Man bangun la ni.”

Begitu la suasana di rumah Leman dan Mak Jah hampir setiap hari. Leman semakin hari semakin malas. Dan seakan-akan tidak mahu lagi melihat ke hadapan. Setiap detik yang berlalu, bibirnya tidak berhenti menyebut nama Zahidah. Nama Zahidah sudah seakan-akan menjadik zikir hariannya.

Mak Jah pula hanya mampu bersabar dengan karenah anak tunggalnya itu. Kadang-kadang, terlepas juga kata-kata yang menggambarkan perasaannya. Namun, itu tidak bermakna Mak Jah tidak sayangkan satu-satunya anaknya itu. Jauh di sudut hati Mak Jah, dia sangat ingin melihat anaknya berubah, dan bekerja sama seperti anak muda lain di kampungnya.

Suatu hari, Mak Jah memanggil Leman untuk memberitahu suatu perkara yang sangat penting, yang diharap mampu mengubah hidup Leman. Namun, mampukah Leman mengubah hidupnya setelah menerima tamparan yang hebat dalam hidupnya?

“Mak rasa dah tak sanggup tengok kau macam ni Leman. Asalnya, mak ingat nak la biar kau kerja yang up-up sikit. Tapi kau pun macam malas nak cari kerja je, jadi mak nak bagitau kau satu rahsia.”

“Rahsia apa mak?”

“Sebenarnya, tanah kat hujung kampung tu, tanah ayah kau. Dulu ayah kau ngan Pak Kasim la sama-sama bukak tanah tu. Diorang bukak kawasan penternakan kambing kat situ.”

“Oooo, jadi, kandang kambing hujung kampung tu, ayah punya la?”

“Haah. Jadi, memandangkan kau pun takde kerja, elok kau pegi kerja kat sana je. Pegi jumpa Pak Kasim.”

“ Malas la mak…”

“Jangan malas-malas. Tolong la berbakti kat ayah kau. Mak pun tak tau sampai bila lagi nak hidup. Mak pun bukan nak tongkat dunia. Sampai masa, ku pergi juaaa, chewaaahhh.”

“Ok la mak. Kalau itu permintaan mak, Leman akan turutkan.

Leman memulakan kerja menternak kambing keesokan harinya. Pada mulanya, dia memang tidak begitu serius dalam bekerja, tetapi, apabila hampir setiap hari ditanya oleh ibunya, “Macam mana kerja hari ni? Bersungguh-sungguh tak? Produktif tak hari ni?” akhirnya, semakin hari Leman semakin rajin supaya dapat memberi jawapan yang memuaskan hati ibunya tanpa menipu.

“Dah masuk Zuhur, jom la solat dulu,” Pak Kasim mengajak Leman ke surau berdekatan untuk bersolat Zuhur. Mungkin itu merupakan faktor yang menjadikan Leman semakin peka terhadap solat. Suatu hari, semasa berjalan pulang dari surau selepas solat Zuhur untuk kembali bekerja, berlaku lah perbualan antara Leman dan Pak Kasim.

“Siapa Ida tu Leman? Pak Cik dengar kamu selalu sangat sebut nama dia sorang-sorang.”

“Oh, Zahidah namanya, pakcik. Anak Awang Lembu. Dulu kami dah pernah berjanji nak hidup bersama. Tapi, sekarang, dia dah ke Jepun sambung belajar. Dia mintak saya lupakan dia. Tapi saya masih tak mampu lupakan dia. Tu yang asyik nak sebut je nama dia tu.”

“Nak dengar kisah pakcik tak?”

“Boleh jugak.”

“Dulu, pakcik pun macam kau jugak. Ada suka kat sorang ni. Tapi, last-last, dia dah kahwin dengan sepupu pakcik sendiri, dan pakcik hanya tahu ketika hari diorang bernikah. Bila tahu je, pakcik terus lari ke rumah dan kunci diri dalam bilik. Mak pakcik sedar dan suruh pakcik keluar. Dia risau pakcik buat benda yang tak sepatutnya. Masa tu, pakcik dah pegang garfu dah kat tangan ni, dah ready nak cucuk mata. Pastu…”

“Ni cerita Kasim Selamat ni pakcik. Saya pun tengok cerita ni dulu. Dah tau la ending dia.”

“Ye ke? kebetulan je kot cerita hampir sama. Nama pun dah lebih kurang. Tapi ni ending lain. Pakcik sambung. Tiba-tiba, pakcik nampak ayat Quran tertampal di dinding bilik pakcik. Dan memang pakcik yang tulis sendiri ayat tu dan tampal di situ. Ayat dari surah Al-Baqarah ayat 216 yang maksudnya, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  Masa tu, baru la pakcik sedar yang setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Alhamdulillah, lepas tu, pakcik bertemu dengan jodoh pakcik dan bahagia sampai sekarang. Tu la, mak cik kau tu ha.”

“Betul jugak cakap pakcik. Mungkin ada yang lebih baik untuk saya. Mulai hari ni, saya akan cuba lupakan Ida dan lebih tekun bekerja.”

“Baguslah kalau macam tu. Arwah ayah kau mesti bangga dengan Leman yang sekarang.”

Mereka mula menyambung kerja. Leman kelihatan semakin bersemangat dengan azam yang baru untuk melupakan kekasih lamanya dan meningkatkan produktiviti. Dari jauh kelihatan seorang gadis menuju ke arah mereka. Jalannya santun, perlahan dan beralun sekali dengan bakul tersangkut di lengan. Dari jauh sudah nampak keayuannya. Semakin dekat, semakin jelas kejelitaan wajah persis wanita bangsawan melayu zaman dahulu kala.

“Makan la dulu ayah, Bang Leman.” Pelawa gadis tersebut yang tidak syak lagi, anak Pak Kasim. Dia terus tunduk dan berlalu begitu sahaja. Sungguh tertib dan sopan sekali pekerti yang meresap ke dalam perwatakan gadis ini, melambangkan didikan sempurna dari rumah yang diberikan oleh ibu bapanya.

“Itu anak pakcik. Namanya Izzatul Iman.”

“Wah, pakcik. Tahun 80-an ni pun ada jugak nama macam tu?”

“Pakcik ni kan mempunyai pemikiran yang merentasi zaman.” Mereka berdua ketawa serentak mengiringi jenaka bersahaja Pak Kasim.

Kini, tahun 2018 hampir melabuhkan tirai. Sudah lebih 30 tahun berlalu selepas peristiwa pinangan Leman ditolak. Kini, dia boleh tersenyum dengan hasil titik peluhnya. Hasil ternakan kambingnya kini bukan sahaja di pasarkan ke seluruh negara, tetapi juga di luar negara. Syarikat Leman’s Frozen juga merupakan pengeluar utama daging halal di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, serta Jepun dan Korea Selatan. Syarikat ini juga dalam usaha untuk menembusi pasaran di Eropah dan Afrika.

Zahidah, kini bergelar professor dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa. Cabang ilmu yang jarang-jarang dikuasai oleh golongan wanita. Dia sudah bertemu dengan jodohnya, dan memiliki anak-anak sepintarnya. Pak Kasim dan Mak Jah pula sudah pergi menghadap Illahi beberapa tahun lepas. Leman juga, kini sudah berkira-kira untuk berehat dan menyerahkan pengurusan perniagaan dan penternakan kepada 7 orang anaknya.

Kini, Leman sedar bahawa gerimis duka tadi rupa-rupanya tidak jatuh ke bumi begitu sahaja, kerana ia telah disinari dengan harapan, yang telah menjelmakan pelangi kebahagiaan. Kebahagiaan yang dikongsi bersama isterinya yang tercinta, Izzatul Iman.

~Jangan takut untuk jatuh, kerana kita mampu bangkit dengan lebih kuat~

Kurniakan Aku Sahabat…
Aku hanya memerhati dari balik cermin kereta. Ku lihat gelagat abang yang sedang bersimpuh di samping pusara sahabatnya, Abang Said. Wajahnya tenang menadah tangan memohon doa. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit. Selang beberapa ketika, abang mengusap nisan yang tegak di atas pusara itu lantas bangun dan terus menuju ke kereta.

“Asrama tutup pukul berapa ni?” tanya abang.

“Pukul 6. Sempat lagi ni.” Jawabku.

“Nak berhenti makan mana-mana dulu tak?”

“Boleh jugak.”

Suasana sepi seketika. Abang memulakan pemanduannya dengan basmalah. Wajahnya masih tenang seperti tadi. Kereta Honda Accord milik abang mula bergerak meninggalkan suasana hening tanah perkuburan islam Taman Kemboja. Aku terus memerhatikan abang dengan seribu satu persoalan.

“Abang dengan Abang Said pernah bergaduh tak?” tiba-tiba terpacul keluar pertanyaan yang sudah lama aku pendamkan. Abang masih diam. Riak wajahnya sedikit berubah. Mungkin tidak menyangka persoalan itu keluar dari mulutku. Namun perubahan itu masih tidak menghilangkan ketenangan di wajahnya.

“Mustahil tak pernah.” Abang memulakan bicara tidak berapa lama selepas itu. “Adik-beradik pun bergaduh. Inikan pula kawan baik. Pernah tu memang pernah, cuma paling lama pun, seminggu lepas tu dah baik semula.”

“Biasanya siapa yang akan mengalah dulu?” aku mula aktif bertanya soalan.

“Kadang-kadang, abang, kadang-kadang, Abang Said. Tengoklah macam mana. Biasanya, kalau seorang datang minta maaf, yang seorang lagi akan terus maafkan dan minta maaf balik. Lepas tu, tiada lagi ungkit-mengungkit balik kesalahan dan terus kawan macam biasa.”

“Apa yang menyebabkan abang datang minta maaf kat Abang Said?”

“Bila kita dah kawan lama ngan seseorang tu, kita akan terasa janggal bila tak bertegur-sapa dengan dia. Biasanya, abang akan teringat balik kebaikan yang dia dah pernah buat kat abang. Memang sepanjang kami berkawan, Abang Said dah banyak tolong Abang. Dialah yang banyak bagi nasihat dan semangat kat abang sejak dari Universiti, sampai la dah kerja sekarang. Bila abang teringat balik semua tu, abang akan terus buang rasa marah abang pada dia.”

“Abang rasa, kalau Abang Said yang datang minta maaf, dia pun fikir begitu?”

“Abang tak pasti dan taknak tahu pun. Takut nanti hilang keikhlasan dalam bersahabat.” Jawapan abang membuatkan aku mula mengagumi persahabatan dua insan ini dan ingin mengetahui lebih dalam lagi.

“Apa yang mengikat abang dan Abang Said sampai sekarang? Jarang adik nampak orang yang bersahabat boleh kekal sampai sekarang.”

“Hmmm. Tentulah cinta kepada Allah dan Rasulnya. Bila persahabatan disandarkan kepada cinta pada Allah dan Rasulnya. InsyaAllah persahabatan tu takkan pudar. Adik kan sekolah agama. Mesti ada belajar pasal hadith kemanisan iman. Salah satu dari ciri-ciri untuk memperolehi kemanisan iman kan adalah mengasihi sesama manusia hanya kerana Allah.”

Aku hanya mengangguk tanda bersetuju.

“Ramai orang tak dapat kekalkan persahabatan sebab takde benda ni la. kadang-kadang, kita bersahabat kerana pengaruh sahabat kita yang besar. Bila hilang pengaruhnya, serta merta hilang rasa cinta pada dia. Kadang-kadang, kita suka keceriaannya. Kita fikir dia boleh menghiburkan kita. Tapi, bila dia ditimpa masalah lantas keceriaannya pudar, rasa sayang kita padanya pun pudar jugak. Cintailah sahabat kerana Allah sebab Dia yang Maha Kekal. insyaAllah persahabatan itu pun akan kekal jugak walaupun dia sudah tiada lagi.”

“Abang sedih tak bila Abang Said pergi?” tanyaku sekadar menduga, walaupun aku telah mengetahui jawapannya.

“Sedih. Tapi abang redha dengan ketentuan Allah. Mungkin itu yang terbaik. Abang rasa sangat beruntung, tapi ada juga rasa terkilan.”

“Kenapa?”

“Abang rasa beruntung dan sangat bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang sahabat yang terbaik untuk abang. Sebab tu abang redha Allah ambil dia dari abang. Abang sedar Allahlah yang memiliki segalanya dan berhak mengambil balik ia dari kita. Dalam masa yang sama, abang terkilan sebab dalam persahabatan yang singkat ni, abang rasa, abang masih belum dapat menjadi sahabat Abang Said yang terbaik untuknya.” Suara abang sedikit sayu mengungkapkan bicara yang penuh dengan emosi, mengundang aku turut sama merasai apa yang tersimpan jauh di sudut hatinya.

Abang terus menyambung, “Beberapa hari sebelum kemalangan tu, Abang Said pernah mintak kat abang agar kami menjadi sahabat dunia akhirat. Bila kejadian tu berlaku, Abang faham bahawa dia nak ingatkan abang supaya abang dapat mendoakan kesejahteraannya di sana. abang harap dia sedang berbahagia sekarang.” Air mata abang tidak tertahan lagi. Ku lihat matanya sudah berkaca. Aku hanya diam dan termenung, mengagumi keikhlasan sebuah persahabatan yang jarang-jarang aku temui pada zaman ini.

Selesai makan, abang terus menghantar aku pulang ke asrama. Abang melambai dari dalam kereta. Aku membalas lambaian itu dengan azam menjadi sahabat seikhlas abang, agar bisa ditemukan dengan teman setulus Abang Said.

~Ukhuwah Itu Indah, Bila Bertemu dan Berpisah kerana Allah~

Matahari Yang Dijanjikan
naib johan cerpen Demi Al-Aqsa 2009…

Aku masih termenung di jendela rumah. Di hadapanku terbentang luas sawah padi yang kian kelihatan kekuningan. “Padi juga ada musim-musimnya”, desis hatiku kosong. Mataku perlahan beralih mencapai satu persatu objek di hadapannya. Nun jauh di hujung sana, di balik gunung-ganang, ku lihat sang suria mula berlabuh di ufuk barat menandakan satu hari lagi yang bakal berakhir, dan malam menanti dengan penuh kegelapan. Fikiranku semakin jauh melayang, merentasi jarak dan waktu.

Waktu subuh tadi, kebetulan aku terjaga awal. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk melakukan solat malam. Waktu subuh, langit masih gelap. Kelibat matahari masih belum kelihatan. Namun, di sebalik matahari yang belum kelihatan, aku yakin, semua insan percaya ia pasti akan terbit. Buktinya, masing-masing sudah merancang apa yang akan dilakukan hari ini.

Sekitar 1400 tahun yang lampau, Rasulullah bersabda, “Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat”. Aneh. Mungkin itu yang mampu aku ungkapkan. Islam masih belum sampai ke sana, tapi Rasulullah telah menjanjikan 500 pahala solat bagi sesiapa yang bersolat di masjid Al-Aqsa. Aku percaya masih ramai umat islam yang belum sampai ke sana ketika itu. Tapi mereka yakin bahawa satu hari nanti, mereka akan bersolat juga di sana.

Manusia yakin merancang hari seawal waktu subuh kerana yakin, matahari akan terbit juga. Begitu juga umat islam ketika itu. Mereka yakin mampu menawan Baitul Maqdis walaupun masih belum nampak tanda-tanda islam akan sampai ke sana pada waktu itu kerana mereka percaya kepada janji Allah dan Rasul-Nya.

Pagi sudah menjelma seperti yang dijangka. Insan sudah mula melaksanakan apa yang dirancang. Ibu dan ayah juga tidak ketinggalan. Kedua-duanya sudah mula turun kesawah. Bagi yang berkebun, sudah mula menunggang motorsikal sambil membawa cangkul dan parang untuk ke kebun. Tidak kurang juga yang melepak di kedai kopi. Apa nak buat kalau sudah memang itu yang dirancang sejak subuh tadi.

Sekitar 638 Masihi, Saidina Umar Al-Khattab, khalifah islam ketika itu bersama tentera islam telah berjaya menawan Baitul Maqdis di bawah jajahan Rom. Segala yang dirancang sudah berhasil. Umat islam kini boleh bebas bersolat di masjid Al-Aqsa. Ya, seperti yang dirancang. Tapi bukan pada zaman Umar, sebaliknya sejak zaman Rasulullah lagi. Janji Allah dan Rasul-Nya nyata tak pernah bercanggah dan tidak juga mengecewakan.

Matahari sudah mula meninggi menandakan sudah sampai waktu tengahari. Ayah dan ibu balik sebentar ke rumah untuk berehat, makan, dan bersolat zuhur. Begitu juga dengan mereka yang bekerja di kebun. Sepeninggalan mereka banyak perkara yang berlaku. Burung-burung nakal yang menyedari ketiadaan ibu dan ayah mula “mencuri” padi yang ditinggalkan sementara. Bagi yang berkebun, ketiadaan mereka di kebun merupakan “rahmat” kepada kanak-kanak yang suka “makan buah-buahan secara percuma” di kebun mereka.

Umat islam bertambah ramai dari hari ke hari. Namun ia telah menjadikan mereka leka dengan perancangan musuh. Kelekaan itu telah menyebabkan satu persatu bumi umat islam ditawan. Tentera Monggol berjaya menawan Baghdad dan membunuh jutaan umat islam disana. Di satu sudut yang lain, tentera salib terus berusaha untuk menawan kembali Baitul Maqdis dan pada tahun 1099, mereka berjaya melakukannya.

Ibu dan ayah kembali ke sawah setelah solat zuhur. Begitu juga dengan mereka yang meninggalkan kebun tadi. Burung-burung mula berterbangan apabila menyedari kehadiran ibu dan ayah. Kanak-kanak juga bertempiaran lari apabila melihat kelibat tuan kebun tempat mereka “makan buah percuma”.

Dunia islam telah melahirkan panglima yang berjaya mengembalikan maruah umat islam. Sultan Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan tentera Monggol dan mempertahankan Mesir dari dijajah. Dan setelah 88 tahun di bawah taklukan tentera salib, Salahuddin Al-Ayubi Berjaya menyatukan umat islam menawan kembali Baitul Maqdis. Namun, tentera salib dibenarkan keluar dari Baitul Maqdis secara aman.

Tiba waktu petang, ibu dan ayah pulang ke rumah. Kedengaran juga bunyi motorsikal lalu di depan rumah menandakan mereka yang ke kebun tadi sudah pulang. Semua bersiap-siap untuk menyambut kedatangan malam. Orang-orangan tegak berdiri di sawah sebagai pengganti diri menjaga padi.

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah menandakan berakhirnya sistem khilafah bagi umat islam. Kini muncullah pemimpin-pemimpin laksana orang-orangan di sawah. Tegak berdiri lagak seperti membela nasib islam. Hakikatnya hanyalah sekadar boneka yang dipergunakan oleh musuh-musuh islam untuk meratah kembali umat islam.

1917, Britain berjaya menakluk Palestin dan mengisytiharkan berakhirnya perang salib. Yahudi mula memasuki bumi Palestin sedikit demi sedikit. Akhirnya, tanggal 16 Mei 1948, negara haram Israel ditubuhkan diatas darah dan airmata umat islam di Palestin. Dan sejak itu, pengusiran dan pembunuhan umat islam berlaku hampir setiap hari.

“Samad, siap-siap nak maghrib.” Sapaan ibu membuatkan aku seakan-akan terjaga dari lamunan. Matahari sudah menghilang. Matahari yang menyinari alam sejak pagi tadi, dan juga matahari yang menyinari bumi palestin sejak zaman awal islam. Kini kedua-dua matahari itu tidak lagi kelihatan.

Aku yakin matahari akan kembali lagi esok untuk menyinari hari-hariku disini. Jauh disudut hatiku, aku juga percaya matahari akan kembali menerangi bumi Palestin dengan sinaran iman dan taqwa, bersumbukan jihad dan perjuangan. Cuma matahari yang satu ini, aku tak dapat pastikan bila terbitnya. Aku amat berharap, sebelum mataku tertutup buat selama-lamanya, aku akan dapat merasai kehangatannya di bumi palestin, “bumi yang dijanjikan”.