Aku Anak Felda
(*gambar aku takde sebab waktu aku pegi, kamera tak bawak. Gambar-gambar di bawah diambil waktu aku kat korea…)
Cuti summer kali ini boleh la disifatkan sebagai cuti yang agak bermakna bagi aku berbanding cuti summer tahun lepas. Sebabnya, setiap hujung minggu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Bermula dengan mengutip durian, family day, balik kampung jumpa atuk, sampai la bekerja di ladang kelapa sawit. Kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit.
Walaupun kami lapan beradik dibesarkan dengan hasil titik peluh abah mengurus ladang kelapa sawit sebesar 10 ekar, hanya abang-abang, dan kakak-kakak yang atas-atas je la yang pernah merasai pengalaman masuk ladang membantu abah. Masuk zaman adik-adik kecik ni, dah takde dah sebab ladang dah bagi indon buat. So, tunggu je la duit masuk memandangkan abah pun busy dengan kerja-kerja lain. Lagipun, masa kecik-kecik, mak tak bagi masuk ladang sebab ladang ni menjadi tempat mat pit-mat pit buat port. Mat pit ni bukan mat rempit ye kawan-kawan. Apa kejadahnya nak merempit dalam ladang. Langgar pokok kelapa sawit sia-sia je hidup. Kepada yang first time dengar, Mat pit ni ialah penagih dadah. Golongan-golongan remaja yang hangat bercinta pun gemar membuat projek di dalam ladang. Tu pasal mak tak bagi masuk ladang kot. (more…)

