NapiRago
Assalamualaikum w.b.t. Nama diberi oleh ayahanda tercinta, Muhammad Nor Hanafi bin Sarif. Dilahirkan tanggal 22 Disember 1988, jam 2.30 pagi waktu Malaysia dan merupakan anak ke lapan dari lapan orang adik beradik dalam keluarga Haji Sarif bin Saad dan Hajah Ropiah binti Mohamad.
Memulakan pendidikan di kediaman rasmi di Jengka 10, Pahang, seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 10. Mendalami ilmu peringkat menengah di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka sehingga tingkatan 3 dan menyambung peringkat menengah atas di Maahad Muhammadi lil Banin, Kelantan selama sebulan sebelum menerima tawaran ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang. Tamat zaman persekolahan tingkatan lima di Kajang pada tahun 2005 dan kini merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan di Korea Selatan.
Meminati bidang masakan sejak sekolah rendah, namun hanya berpeluang memantapkan teknik memasak ketika berada di Korea Selatan. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek terutama sekali dari aspek sahsiah diri dan kemahiran sosial. Melibatkan diri dalam penulisan blog sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki diri dan masyarakat. Semoga kita semua beroleh manfaat, InsyaAllah.
-NapiRago-

