search
top

Bangkitlah Bangsaku

Dilema Melayu

Melayu malas, tidak berdaya saing, lebih gemar berada dalam keadaan selesa, Melayu mudah lupa. Kata-kata yang sering kita dengari, kadang-kala keluar dari mulut orang melayu sendiri. Bukan berniat merendahkan bangsa sendiri, jauh sekali menghina. Tapi itulah hakikat yang berlaku. Kebanyakan dari kita tidak begitu berani untuk mencabar kemampuan diri. Lebih gemar mengikut arus, dan tidak mahu berkembang.

Ada yang mendakwa bahawa, bangsa melayu adalah bangsa petani. Jadi, tidak hairanlah jika melayu lebih gemar mengikut, dan tidak mempunyai lonjakan untuk maju. Kerana sikap dan gaya kerja petani, memang menuntut mereka untuk melakukan perkara yang sama, dan lebih berserah kepada takdir. Namun begitu, benarkah bangsa Melayu ini adalah bangsa petani dan hanya tahu bertani?

Kita Bangsa yang Hebat

pelabuhan melaka sekitar kurun ke 15

pelabuhan melaka sekitar kurun ke 15

Bangsa Melayu sebenarnya dalah bangsa yang hebat dan pernah melalui zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 15, setelah parameswara memeluk islam. Bangsa Melayu ketika itu bukanlah bangsa petani, sebaliknya adalah bangsa yang sangat hebat dalam perniagaan. Buktinya, Melaka ketika itu adalah pusat perdagangan yang terkemuka dan dikunjungi oleh pedagang-pedagang asing dari China, India dan juga Timur Tengah.

Ini juga membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya memiliki kemahiran marketing yang hebat kerana berjaya mempromosi pelabuhan Melaka kepada pedagang-pedagang asing untuk berdagang. Mustahil pedagang-pedagang asing akan berdagang di Melaka walau bagaimana strategik sekalipun pun tempat tersebut kalau tiada promosi yang hebat dari orang Melayu Melaka pada ketika itu. Jadi itu memang bukti yang jelas bahawa kita, bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat dalam perniagaan.

Perkara yang paling menakjubkan yang menjadi bukti kehebatan orang Melayu ketika itu ialah, mereka mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan oleh semua pedagang dari pelbagai bangsa untuk berdagang. Selain dari menjadi bangsa yang hebat, bahasa Melayu juga mempunyai kelasnya yang tersendiri pada ketika itu, setaraf dengan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa global sekarang. Dan, apa yang menariknya adalah semua kehebatan orang Melayu ini terserlah, selepas mereka menerima Islam. Dan Melaka ketika itu, selain dari pusat perdagangan utama, juga merupakan pusat penyebaran agama islam.

Kedatangan Penjajah Mengubah Segalanya

Kedatangan penjajah telah mengubah pemikiran bangsa Melayu. Melayu telah dipaksa bertani. Hasil-hasil kekayaan bumi di tanah Melayu diambil dan di bawa ke negara mereka. Dan setelah lebih 400 tahun dipaksa bertani, akibatnya, gaya hidup dan pemikiran petani telah sebati dengan masyarakat Melayu. Tanggal 1957, penjajah telah memberi kemerdekaan kepada kita dengan jiwa dan pemikiran kita yang telah diubah hampir sepenuhnya. Dengan budaya barat yang semakin menguasai dunia, generasi Melayu kini semakin jauh dari islam.

Bangkitlah Bangsaku

Sejarah telah membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang hebat satu ketika dahulu. Sejarah sepatutnya mampu mengubah mentaliti kita kerana dengan sejarah, kita dapat mengenal jatidiri kita. Perkara yang paling penting ialah, kita hebat setelah menerima islam sebagai pegangan hidup kita. Dan dalam keadaan sekarang, kita perlu kembali berpegang teguh dengan ajaran islam untuk menaikkan kembali maruah bangsa kita yang kian pudar.

Kita lahir sebagai bangsa Melayu, dan selamanya akan menjadi Melayu. Jadilah Melayu yang mulia dengan islam.

5 Responses to “Bangkitlah Bangsaku”

  1. eM-BerG says:

    ko mmg kena jadi pres kuk dou pi..
    paper pon nice one.. jempol ak bg ko

    Current score: 0
  2. Nur Hazwani says:

    tingt bku sej n cgu jamiati…hehe
    napi, kal0 ko wt bku teks sej cnfrm xngnt0k!!hak3

    Current score: 0
  3. syaradhiyah says:

    mungkin ni bukti keberkatan ilmu..hasil taat kepada cikgu jamiati dan cikgu ros.
    (^_^)

    Current score: 0
  4. jry says:

    bangkitlah wahai penganut agama islam…kerana islamlah yang menjadi identiti jati diri sebenar..bangsa merupakan sesuatu yang mmg ditetapkan sejak lahir…mmg tak boleh diubah tapi agama islam merupakan dominan kepada semua bangsa yang hanya memandang iman sebagai aras kedudukan seorang muslim..

    Current score: 0
  5. HANIF says:

    hidup MELAYU…!!! (slogan umno) oleh itu,jom ramai2 masuk KUK..sokong UMNO..

    Current score: 0

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top