Azam Tahun Baru….
31 Disember, wartawan sebuah stesen TV terkemuka turun ke ibu negara untuk menemuramah beberapa orang warga ibu kota tentang azam tahun baru mereka.
“Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik.”
“Abang rase tahun baru ni, abang nak lebih tekun bekerja.”
“Sebagai pelajar yang berkaliber, saya nak belajar bersungguh-sungguh.”
“Ni rokok gua yang last la ni bro, pukul 12 malam masuk je, gua berenti.” [sambil memegang sebatang rokok yang masih berasap. Kelihatan dipoketnya masih terdapat sekotak rokok Salim (bukan jenama rokok sebenar)].
Itulah beberapa contoh azam orang kita. Memang saban tahun, azam yang kita dengar lebih kurang, simple, dan mungkin jugak boleh dikatakan biasa. Nak jadi baik, lebih rajin, lebih tekun, dan macam-macam lebih lagi. Sebelum tu, mari kita kaji dan teliti dulu apa bendanya yang kita tafsirkan sebagai azam ni. Asyik sebut je tak faham maksud pun susah jugak.
Perkataan azam ni sebenarnya dipinjam dari bahasa arab iaitu azam(sama je), yang kalau diterjemahkan sebijik, membawa maksud keazaman(lebih kurang jugak). Keazaman ni pulak kalau diteliti maksudnya lebih kurang ialah tolakan dalam diri kita untuk mencapai sesuatu yang diingini. Kiranya, azam ni sangat berkait rapat dengan impian, keinginan, atau sesuatu yang kita ingin capai.
Kesimpulan awalnya, azam tahun baru ialah apa yang kita nak capai dalam tahun baru tu la, sepanjang 12 bulan atau 365 hari yang akan datang ni. Kalau tengok azam kawan-kawan kita kat atas tadi, ada yang nak belajar bersungguh-sungguh, ada yang nak jadi baik dan macam-macam lagi. Kiranya, dalam masa sepanjang-panjang 365 hari tu, apa yang ingin dicapai adalah nak rajin belajar, jadi baik, dan sebagainya.
Seharusnya, kita meletakkan satu target yang lebih besar sebanding dengan tempoh setahun yang panjang tu. Azam itu sendiri melambangkan diri kita dan apa yang kita fikirkan(the power of thinking bak kate Ammar Pres). Jadi kalau azam kita biasa-biasa je, maksudnya, kita ni adalah seorang yang biasa-biasa je la. 365 hari tu sebenarnya adalah masa yang sangat panjang untuk meletakkan target yang biasa-biasa dan umum. Apabila kita meletakkan target yang rendah dan biasa, sebenarnya kita telah merendahkan kemampuan diri kita sendiri.
Untuk mencapai impian yang besar perlulah disertai dengan usaha yang bukan kecil. Jadi, untuk target dalam masa setahun, perlu juga diselitkan dengan target jangka masa pendek yang mungkin lebih kecil, tapi menghala kearah target besar yang kita dah letakkan tadi. Sebagai contoh, target untuk tahun ini adalah untuk menghafal Al-Quran 15 juzuk. Jadi, untuk mencapai 15 juzuk tu, perlu la diletakkan target berapa muka surat seminggu, atau sebulan, atau beberapa selang masa yang sesuai.
Kiranya, target umum yang asalnya ramai orang letak sebagai azam tahun baru itu seharusnya diletakkan sebagai target jangka masa pendek untuk mencapai satu target dalam tempoh setahun. Dan target setahun tu pulak perlu dihalakan ke arah target yang lebih besar, mungkin untuk dicapai dalam masa 5 atau 10 tahun. Apa pun, pastikan ada kesinambungan dalam setiap target yang kita ingin capai dalam masa-masa tertentu. Baru la hidup nampak lebih tersusun dan matlamat hidup dan cara untuk mencapainya nampak lebih jelas.
Secara ringkasnya, kita perlu memiliki impian yang besar dalam hidup ni. Letakkan beberapa target sampingan dalam perjalanan sepanjang mencapai impian yang besar tu. Beranikan diri untuk menanam impian kerana setiap kejayaan yang besar itu, bermula dengan impian yang besar, dan disertakan dengan usaha yang konsisten.
~Mengubah Dunia Melalui Mimpi~



artikel sesuai dgn masuknya tahun baru. nice!
so, pe azam baru ko?
apa2 pun best main dgn azzam..hehe
paknab kenalah berzam main dengan ‘azzam’ paknab satu hari nanti..mulakan dengan cari calon nak dapatkan ‘azzam’ paknab..hehe
raher~~behave~~hehe;P
opss..sori halmialwi…mie..aku dah mandi air panas ngn bob,buja ngn posot..x nk join ke?