Yang Lebih Berharga Dari Itu….
“Role Model” terbaik
Bercerita kisah junjungan besar kita Rasulullah s.a.w, adalah perkara yang memang menyeronokkan. Ketabahan, kesungguhan, dan semangat yang dipupuk sejak zaman kanak-kanak telah menjadikan baginda seorang pemimpin yang agung pada zaman dewasanya. Perkara ini la yang seharusnya kita, golongan yang baru-baru nak naik ni ambik iktibar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Memang pun Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
Kesusahan hidup yang dialami oleh baginda yang membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan baginda seorang yang mampu berdikari. Dari kecil, Rasulullah telah bekerja mengembala kambing penduduk mekah dengan bayaran yang rendah seperti sabda baginda tentang dirinya,”Dahulu, saya mengembala kambing penduduk Mekah dengan bayaran qararit(1/24 dinar)”.
Memasuki zaman remaja, baginda mula mem”follow” bapa saudaranya, Abu Thalib pergi berniaga. Dalam perniagaan pulak, baginda adalah seorang yang sangat jujur, dan tak menipu. Mungkin la pada zaman tu, orang rasa kalau tak menipu, tak untung. Jadi jujur ni jugak mungkin menyebabkan kerugian dalam perniagaan ketika zaman tu.
Dari situ sebenarnya, kita dapat lihat bahawa ada perkara yang lebih berharga dari wang, dan keuntungan yang besar iaitu, kemahiran, kesabaran, ketabahan, dan kepercayaan. Walaupun upah yang diberi tidaklah sebesar mana, tapi dengan mengembala kambing, Rasulullah secara tidak langsung telah belajar erti kesabaran dalam menjadi seorang pemimpin. Dengan kejujuran juga, mungkin keuntungan ketika itu tidaklah berlipat ganda, tapi, apa yang diperoleh ialah kemahiran berkomunikasi dan berunding, serta kepercayaan daripada pembeli.
Nilai Kegagalan
Keputusan peperiksaan yang tidak begitu memuaskan memang menyakitkan hati jugak sebenarnya. Itu la yang terjadi masa dapat result UPSR 9 tahun yang lalu. Ketika seorang cikgu bertanya kat aku, ”macam mana result?” lalu
aku menjawab dengan kecewanya,”takde rezeki la cikgu”. Satu ayat yang aku ingat sampai sekarang, yang cikgu tu cakap ialah,”bukan takde rezeki, rezeki belum sampai”. Baru la aku sedar bahawa kegagalan itu bukanlah satu kekalahan, tapi adalah kejayaan yang tertunda.
Kegagalan itu juga la yang menyediakan kita untuk menjadi manusia yang lebih berjaya di masa akan datang. Kegagalan tak seharusnya menjadikan kita lemah, sebaliknya harus menjadikan kita lebih kuat. Bersyukurlah kerana dikurniakan kegagalan, dan bukan mengeluh. Ramai orang yang menyalahkan takdir, mencerca diri sendiri kerana kegagalan, dan ada jugak yang menyalahkan keturunan sebab kegagalan.”Agaknya, aku ni dari gen penternak lembu kot, tu pasal tak pandai-pandai”. Jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa, sebaliknya merenung diri kita sendiri apabila merasakan hasil yang dapat tidak setimpal dengan usaha. Mungkin Allah ingin memanggil kita dekat pada-Nya kerana kita telah begitu jauh dari-Nya, atau mungkin juga Dia ingin melihat sejauh mana kita redha dan bersabar dalam menghadapi ketentuan-Nya.
Akhir sekali, sedarlah bahawa, disebalik kegagalan itu, terdapat sesuatu yang lebih berharga iaitu ketabahan,
kegigihan dan cinta Illahi andai kita mampu menterjemahkannya dengan lebih positif.
“Disebalik ombak besar yang menghempas pantai, dan memukul semua yang di atasnya, tersimpan mutiara yang indah dan tak ternilai harganya, hanya untuk mereka yang sanggup menyelaminya.”
Selamat menyelam……^^


naise
sungguh dalam selaman ayat2 ko..naise!
ko nak g menyelam bila? x sejukke? he3…나이스다^^
napi thanks~
entry ni byk bagi panduan kat aku…