search
top

Aku Anak Felda

(*gambar aku takde sebab waktu aku pegi, kamera tak bawak. Gambar-gambar di bawah diambil waktu aku kat korea…)

Cuti summer kali ini boleh la disifatkan sebagai cuti yang agak bermakna bagi aku berbanding cuti summer tahun lepas. Sebabnya, setiap hujung minggu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Bermula dengan mengutip durian, family day, balik kampung jumpa atuk, sampai la bekerja di ladang kelapa sawit. Kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit.

Walaupun kami lapan beradik dibesarkan dengan hasil titik peluh abah mengurus ladang kelapa sawit sebesar 10 ekar, hanya abang-abang, dan kakak-kakak yang atas-atas je la yang pernah merasai pengalaman masuk ladang membantu abah. Masuk zaman adik-adik kecik ni, dah takde dah sebab ladang dah bagi indon buat. So, tunggu je la duit masuk memandangkan abah pun busy dengan kerja-kerja lain. Lagipun, masa kecik-kecik, mak tak bagi masuk ladang sebab ladang ni menjadi tempat mat pit-mat pit buat port. Mat pit ni bukan mat rempit ye kawan-kawan. Apa kejadahnya nak merempit dalam ladang. Langgar pokok kelapa sawit sia-sia je hidup. Kepada yang first time dengar, Mat pit ni ialah penagih dadah. Golongan-golongan remaja yang hangat bercinta pun gemar membuat projek di dalam ladang. Tu pasal mak tak bagi masuk ladang kot.

sawit yang dah dikumpulkan setempat

sawit yang dah dikumpulkan setempat

Awal 2000-an, abah beli lagi 5 ekar tanah ladang di Kuala Sentul, yang menjadi lembaran baru buat kami kembali melibatkan diri dalam arena perladangan. Difahamkan, abah beli tanah tu untuk membantu seorang peneroka yang tak cukup duit nak buat haji. Nak dijadikan cerita, lepas 3 hari balik haji, dia meninggalkan dunia yang fana ni. Semoga hajinya diterima dan rohnya dicucuri rahmat. Aku pernah dengar abah cakap, “ladang ni untuk anak-anak la ni”. Mendalam maksudnya. Mungkin untuk anak-anak mengembalikan nostalgia zaman awal penerokaan beliau. Atau mungkin untuk anak-anak merasai penat lelah beliau sewaktu awal-awal menjadi peneroka. Dan mungkin juga untuk anak-anak merasai sendiri hasil kelapa sawit yang menjadi sumber rezeki kami sejak awal 70-an sehingga sekarang.

Along Beraksi...

Along Beraksi...

Kini, adik-beradik aku mula mengaktifkan diri dalam arena perladangan kelapa sawit. Awal-awalnya, sebulan sekali, di hujung minggu, mereka akan balik untuk meracun, ataupun mengecop buah. Kalau telefon mak, sembang-sembang, mesti ada selit gak hasil tuaian kelapa sawit. “kali ni dapat 2 tan”. Minggu yang lain pulak,”kali ni dapat setengah tan je”. Ia membuatkan aku rasa nak join diorang mengerjakan ladang 5 ekar tu walaupun sebelum ni aku selalu mengelat taknak ikut gi ladang. Heheh…

Kini, aku dah kembali ke Malaysia. Dipendekkan cerita, minggu kedua aku balik kot, aku pun join Bang Mi, ngan Abang An untuk meracun. Sebelum sampai ke ladang, kami singgah kat kedai jap beli garam ngan ajinomoto. Aku mula hairan. “nak masak apa plak dalam ladang ni”, bisik hatiku bersendirian tanpa disedari mereka. Sesampai diladang. Baru la aku tau, ajinomoto dan garam tadi digunakan dalam resipi untuk membancuh racun. “bila letak ajinomoto ngan garam, nanti rumpai-rumpai ni semua rasa sedap nak makan racun tu.” Terang Bang Mi yang merupakan ketua operasi pada hari tu. Agak kelakar bunyinya tapi itu la petua abah sejak dulu lagi.

Bang Mi pulak beraksi

Bang Mi pulak beraksi

Abang An pun start la meracun. Sambil menggalas mesin racun yang penuh dengan racun tu, dia pun meracun dari baris ke baris. Dah sampai separuh, aku pulak la try. Berat gak. dah abes je, racun pun di’refill’ balik. Wah, memang berat gilak gak mesin racun ni kalau penuh. Penat gak la mengusung mesin racun tu mengelilingi ladang 5 ekar. Habis-habis je meracun, Bang Mi pun bukak cerita pasal abah yang meracun ladang 10 ekar sorang-sorang. Tak buleh bayangkan penatnya. Ni baru buat 5 ekar, 3 orang pulak tu.

2 minggu lepas tu, tiba la masa untuk menuai hasil kelapa sawit. Hari tu, ada mak, Bang Mi, Bang Iem, Kak Om, Abang An, dan aku la skali. Along, Syafiq ngan Iman datang lambat sikit, tapi balik awal sebab ada hal. Bang Mi ngan Bang Iem pun start la mengecop buah. Memandangkan kelapa sawit ni keluar di celahan pelepah, jadi kene la cop pelepah dulu. Bile pelepah dah jatuh, aku dan Abang An pun susun la pelepah tu supaya takde la bersepah sangat ladang. Biasa la, beginner lagi. Mak ngan Kak Om plak mengutip buah-buah yang relai dari tandan. Pastu, buah-buah yang jatuh akan dikumpul satu tempat.

Along tolak buah...

Along tolak buah...

Tak lama lepas tu, aku pun mintak la kat Bang Mi nak try cop buah. Mula-mula cop pelepah dulu la. Aku try la hayun. Hayun punya hayun tak jatuh-jatuh pun pelepah. Bang mi pun ajar la. mata cop kena 45 darjah. Target betul-betul, baru hayun. Mula-mula susah gak. lama-lama ok la jugak. Aku tanya la kat Bang Mi. ”Bang Mi dulu mula-mula try camna?”. Bang Mi pun jawab,”lebih kurang je. Awal-awal buat susah giler nak jatuh. Sekali abah datang, pakai jubah je, sekejap je buat. Pokok dah makin tinggi, pasni kena mintak abah ajar macam mana nak menyabit pulak la”.

Tengah hari, kitorang rehat jap menikmati gulai tempoyak ikan patin yang di bawa dari rumah. Dah abis makan, sambung balik. Hari tu, aku berjaya menjatuhkan 4 tandan sawit. 4 je pun, tapi dah rasa macam nak pengsan. Kebetulan, habis-habis mengecop, hujan turun plak. Memang mandi hujan la kitorang. Dah lama tak rasa main hujan. Balik-balik rumah, aku terus tido. Lepas bangun subuh pun, bantai tido balik sampai tengahari. Memang penat tak ingat.

kanak-kanak riang dan bapak-bapak riang di atas pokok setelah penat bekerja...

kanak-kanak riang dan bapak-bapak riang di atas pokok setelah penat bekerja...

Timbul persoalan dalam hati aku, macam mana penatnya abah dulu bekerja untuk menyara kami sekeluarga. Walaupun sekarang, abah, dan abang-abang yang lain dah ada haluan masing-masing dalam pelbagai bidang, diorang masih tak melupakan asal punca pendapatan keluarga kami dulu. Aku penah dengar pepatah, “walaupun sudah capai bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi”. Berpegang kepada kata-kata ni, akan menjadikan kita tidak sombong, dan tidak lupa dari mana asal-usul kita.

Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa kita digalakkan memandang tempat sujud sewaktu solat. Supaya, walau setinggi mana pun kita berada, kita tak lupa asal kita adalah dari tempat di mana kita berpijak(tanah). Dan di situ juga tempat kita akan kembali nanti. Wallahu A’lam…..

14 Responses to “Aku Anak Felda”

  1. halmialwi says:

    naise la napi!!!!!!jalan cerita best weeeehhhh
    aku lg r xde pngalaman semua2 nih…
    nice advice dude..

    Current score: 1
  2. mcd says:

    +1!

    napi, out of topic sket tapi boleh aku tau hasil2 kelapa sawit ni korang jual kat kilang memane ke atau proses sendiri?

    Current score: 1
  3. napirago says:

    ooooo…bile dah kumpul kelapa sawit tu setempat, nanti lori datang bawak gi kilang sawit…nanti timbang2 dapat la duit…ikut berapa berat kelapa sawit yang dapat…

    Current score: 1
  4. kauthar says:

    napi..kak lang suka ayat last ni

    “Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa kita digalakkan memandang tempat sujud sewaktu solat. Supaya, walau setinggi mana pun kita berada, kita tak lupa asal kita adalah dari tempat di mana kita berpijak(tanah). Dan di situ juga tempat kita akan kembali nanti. Wallahu A’lam”..

    ada juga kita dpt lihat org yg dulunya kuat sembahyang bila miskin.apabila dah jd kaya lupa nak sujud pada Yang Khalid..

    nice entry..dpt menyelami hidup sebagai ‘aku anak felda’..

    Current score: 0
  5. umair says:

    best2…byk pengajaran hidup yg dpt dikutip. nnt cuti bile2 ajak la skali napi gi ladang kelapa sawit ni. nak rase gak pengalaman ni. mcm best. lg best kalau time2 buat keje tu, ade plak gulai tempoyak ikan patin. sluprrr…

    Current score: 0
  6. syahid says:

    he3… x sia2 aku ade kawan mcm ko napi^^.. thanks kongsi citer^^

    Current score: 0
  7. aimienali says:

    sebuah entri yang membina kepada anak2 di
    luar sana..pi nnt ajr ak psl kelapa sawit
    ini..ak igt lps ni ak nk g arah biodiesel ar pi..tunjuk ajar daripada pihak saudara amatlah saya harapkan..klau ade ladang nk jual ke nnt offer kat ak gak eh…seyes ni bkn maen2..saya akhiri comment ini dgn ucapan terima kasih,selamat ari senin dan salam..

    Current score: 0
  8. AminZaini says:

    nice entry bro..
    kecik2 dulu suka masuk ladang tangkap ayam..part ikan patin tu mmg menyelerakan..

    Current score: 0
  9. halmialwi says:

    hrmm betul tuh..kalau ade kelapangan,mcm nk try jek cop2 kelapa sawit..mmg susah tp nk gak merasa heh
    ikan patin tuh plg layan..

    Current score: 0
  10. budak311 says:

    ak nak komen..tp dah ada org pkai nama aku..haha..segan lak tetibe…

    Current score: 0
  11. raher osman says:

    terbaik abg napi…abang napi saya punye role model..tunjuk ajarku sifu^^

    Current score: 0
  12. ibnsyareef83 says:

    tb2 je teringat ms ml2 g ladang,nak cop buah setandan, abis pelepah sawit sepokok…dah kn marah dengan abah….huhuhu…sori abah,,anakande baru belajar, klu salah tlg tunjukkan..huhuhu

    Current score: 0
  13. kak long says:

    NAPI..HANG ADA KAK LANG LAIN KAAA..

    Current score: 0
  14. napirago says:

    bang iem : nak wat camna…blaja mesti la ada silap…heheh…

    kak long : itu kak lang ammar la…

    Current score: 0

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top