search
top

Apabila Kuda Beranak Lembu..

(*Dialog dalam kisah di bawah hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mengubah jalan cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran darinya)

Suatu ketika dahulu, Allah memerintahkan malaikat turun ke bumi untuk menguji tiga orang hakim. Lalu malaikat pun menjelma la sebagai seorang lelaki dengan menunggang seekor kuda. Sampai je dekat satu tempat ternakan lembu, malaikat tersebut pun menyeru seekor anak lembu dan anak lembu tu pun datang dekat dia. Menyedari perkara tersebut, tuan punya lembu pun datang kat malaikat tu dan terus mintak agar dipulangkan anak lembu tu.

“bang, tu anak lembu saya tu bang…boleh kasik saya balik tak?”

Lembu dan kuda..fizikal yang hampir sama, tapi merupakan spesis yang berbeza

Lembu dan kuda..fizikal yang hampir sama, tapi merupakan spesis yang berbeza

“eh, anak kuda saya la. cuba awak tengok, kan dia ikut kuda saya?”

“tapi bang, tu lembu. Camne leh jadi anak kuda plak?”

Berlaku la sedikit pertengkaran antara mereka. Tak pasti berapa lama pulak diorang bertengkar. Tapi yang pastinya, dalam bertengkar-bertengkar tu, timbul la idea yang bernas jugak.

“camni la, kalau bertengkar gini, sampai lusa pun belum confirm abes. Kita bawak kes ni jumpa ngan hakim la.”

“hakim? Yang mane ye? Yang rambut kembang tu ke?”

“rambut kembang? Eh, bukan. Itu Marwan Hakim, budak batch 9. Ni hakim yang macam kat mahkamah tu. Yang adili kes-kes gini la.”

“oh ye…ok. Saya setuju sangat la kalau camtu.”

Lalu perkara itu dibawa berjumpa ngan hakim. Belum sempat hakim tu nak adili kes tu, malaikat dah hulur emas kat hakim tu tanpa pengetahuan tuan punya lembu tadi. Dah Nampak emas, hakim tu pun apa lagi, terus je la putuskan yang anak lembu tu adalah anak kepada kuda malaikat yang sah. Tuan punya lembu ni tak puas hati. “ni macam menipu. Camni la, kita jumpa hakim lain la”. diorang pun pegi la jumpa hakim yang lain pulak.

seorang hakim perlu adil dalam memutuskan sesuatu hukuman (sekadar gambar hiasan-Marwan Hakim, pelajar batch 9)

seorang hakim perlu adil dalam memutuskan sesuatu hukuman (sekadar gambar hiasan-Marwan Hakim, pelajar batch 9)

Pendekkan cerita, hakim ni pun sama je kes ngan hakim yang first tadi. Mata duitan gak. Nampak je emas, terus lupa daratan. Yang peliknya, lautan pun dia lupa gak. Tak tau la apa yang dia ingat. Ingat nak dapat emas je la kot. Dia pun terus putuskan yang anak lembu tu, adalah anak kepada kuda malaikat. “yang ni last la bang. Kita jumpa hakim yang sorang lagi. Kalau dia cakap anak lembu tu anak kuda abang, abang ambik je la terus. Lembu saya pun boleh beranak lagi”. Kata tuan lembu dengan nada sedikit kecewa. Diorang pun pegi la jumpa hakim yang last ni.

Macam biasa la, hakim yang sorang lagi pun cuba la nak dirasuah oleh malaikat ni. Tapi yang sorang ni akal dia panjang la banyak sikit dari yang dua orang sebelum ni. Dia pun terus fikir macam mana cara nak elak dari menerima rasuah malaikat ni. Tak sampai beberapa ketika, dia pun dapat la idea macam mana nak elak.

“alamak tuan-tuan. Saya rasa, hari ni saya tak boleh nak adili kes ni la.”

“apsal plak?” tanya kedua-dua hampir serentak

“hari ni saya datang bulan”.

“aik? Peliknya. Sejak bila pulak laki boleh datang bulan?” tanya malaikat.

“saya pun pelik gak sejak tadi. Macam mana pulak kuda boleh beranak keluar lembu?”

Akhirnya malaikat pun bagitau la yang dia sebenarnya datang untuk menguji hakim ni dengan dua orang hakim yang tadi. Kira macam hakim yang sorang ni lepas la ujian tu. Yang dua orang lagi? Lingkup.

Pengajaran dari kisah di atas

1. Rasuah merupakan barah dalam masyarakat. Tak kira la dalam bidang kehakiman, perniagaan, politik, pendidikan, atau apa sahaja, rasuah mesti la dijauhi. Kadang-kadang nampak macam kecik, tapi sebenarnya mampu membawa kesan yang sangat la besar.

2. Berhikmah dalam pergaulan. Kurangkan perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati orang lain. Macam hakim yang ketiga tadi, dia menolak pelawaan malaikat dengan cara yang tidak menyakitkan hati dan berhikmah.

3. Berlaku adil la dalam semua perkara. Kalau kita bukan pemimpin pun, adil la pada diri sendiri. Sebab kita tetap memimpin diri kita sendiri. Betul tak? Correct, correct, correct…

2 Responses to “Apabila Kuda Beranak Lembu..”

  1. phare says:

    haha~ kelakar2 =D..haih marwan cendawan pun ader gak~ moral value citer nih pun bgs^^

    Current score: 0
  2. syaradhiyah says:

    brago~ brago~ (^_^)

    Current score: 0

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top