Pentingkan Diri Dulu…
Al-kisah Kapal Terbang
Pernah naik kapal terbang? Mesti ada yang pernah, dan ada jugak yang tak pernah. Bagi yang sedang berada di luar negara sekarang, mesti la pernah. Takkan datang negara orang naik rakit pulak kan? naik kapal terbang memang best kadang-kadang. Tapi kadang-kadang bosan jugak sebab duduk je. Nak main bola atas tu tak boleh pulak. Apa-apa pun, kepada yang belum pernah naik kapal terbang, try la naik sekali sebab ia adalah pengalaman yang tak sama dengan pengalaman naik bas.
Semasa awal-awal kapal terbang baru berlepas, biasanya akan ditayangkan video tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penumpang andai berlaku perkara yang tak diingini. Dalam video tersebut akan di terangkan mana letak pintu kecemasan, mana letak jaket keselamatan, macam mana nak guna jaket keselamatan, dan juga apa yang perlu dilakukan kalau oksigen berkurang. Lebih kurang gitu la. dan antara yang ditegaskan berulang kali adalah kalau ada budak kecik kat sebelah kita, yang tak reti nak buat benda tu semua sendiri, kita mesti tolong buat untuk diorang setelah dipastikan yang kita dah setel semua dulu. Contohnya, kalau kita dah siap pakai oxygen mask, baru la boleh kita pakaikan dekat budak kecik kat sebelah kita tu.
Rasionalnya adalah supaya kita dapat selamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. bagaimana dalam keadaan kita belum sempat pastikan diri sendiri selamat, kita juga tak sempat nak tolong orang lain? bukankah sudah ada dua nyawa yang akan terkorban? Dan secara logiknya, jaket keselamatan, atau oxygen mask untuk kita adalah lebih dekat, mudah dicapai dan lebih mudah untuk kita pakaikan untuk diri sendiri berbanding untuk orang lain. sebab tu la dalam keadaan kecemasan, lagi elok kita pentingkan diri sendiri. Bukan tak perlu tolong orang lain, cuma pastikan diri sendiri selamat dulu.
Al-Kisah Ketua Iblis
Israfil terbaca di Lauhul mahfuz tentang malaikat yang akan dilaknat oleh Allah kerana ingkar akan perintah Allah dan segala amal ibadat dan ketaatannya sebelum itu akan menjadi sia-sia. Ternyata semua malaikat yang mengetahuinya menjadi bimbang kalau-kalau mereka yang dimaksudkan. Lalu mereka sepakat bertemu Azazil, yang terkenal dengan ketaatan dan kemakbulan doanya. Lalu dia berdoa untuk malaikat lain tetapi terlupa berdoa untuk diri sendiri.
Akhirnya, setelah diciptakan Adam, maka sujudlah semua malaikat kepada Adam seperti yang diperintahkan Allah kecuali Azazil. Dengan keingkaran Azazil itu, dia telah dikeluarkan dari syurga dan segala amalannya selama ini hanyalah sia-sia. Dan sejak itu juga, dia dikenali sebagai Iblis. Namun dia berjanji untuk menyesatkan golongan manusia untuk sama-sama menjadi membernya dalam neraka kelak.
Risaukan Kawan…
Pernah seorang sahabat meluahkan kepada saya, perihal kawannya yang tak berubah perangainya. Dari mula kenal, sampai la sekarang. Macam tu jugak. Jawab saya kepadanya, “pada akhirnya, setiap orang yang berfikir itu akan sedar”. “Berfikir je? Walaupun takde usaha untuk dapatkan petunjuk?” tanyanya. “berfikir itu juga adalah salah satu usaha untuk beroleh petunjuk dari Allah. Kalau tak berubah gak, itu maksudnya dia taknak berubah la. tapi, jangan berhenti berdoa untuk kebaikannya dan selalu menasihatinya.”
“dan yang paling penting. Dalam kita risaukan orang lain, pastikan diri kita ni pun dalam usaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Ibadah perlu istiqamah dan sentiasa berdoa untuk diri kita jugak. Takut nanti jadi macam Azazil. Berdoa untuk kebaikan orang lain, sampai lupa berdoa untuk diri sendiri.”
(entri untuk http://www.kimsnet.info/)


thumbs up~
cara penyampaian yg bgus..
btul tu,terlalu risaukan kawan jgn abaikan diri sendiri.tapi mcm mana nak nasihat kwn kita yg lupa akan tanggungjwbnya mcm tinggal solat,tak puasa dan lain2.agak sukar sbnrnya nak lakukan sbb takut terguris hatinya.so mcm mana cara yg berhikmah?
hmm.. artikel yang berisi.. bagus2
intro yg agak menarik dan kelakar..saya tersengih seorang diri membaca intro en.hanafi..isi pun mantap~
ni strategi saya untuk tarik perhatian awak la encik sayabudaknakal…mana tau buleh join cetusan kan…hehehe..
salam..artikel yg smart..tp spe gne nme fidz tu? hang ade mmber nme fidz jgk ke napi? huhu
ade…member skolah lame dulu…
debatersaina03 : mcam dalam entri memimpin dgn kasih sayang, ada tertulis bahawa kasih sayang pun penting dalam nak menegur. biasanya kalau kita ada rasa kasih sayang pada orang yang nak ditegur tu, insyaAllah kita akan dapat menegurnya dengan cara berhikmah…biasanya, hati akan terguris bila kita menegurnya dengan menyelit perasaan benci, marah, dan sebagainya.