search
top

Aplikasi Solat dalam Sistem Politik

Nampaknya, bahang PilihanRaya PPMK dah semakin dirasa. Senarai calon pon dah dikeluarkan, dan masing-masing dah mula berkempen untuk calon yang disokong. Jadi memang macam kene jugak la kalau aku tulis entri pasal mende ni, “Aplikasi Solat dalam Sistem Politik.” Sebenarnye, isi-isi yang korang akan baca ni aku rembat dari satu tazkirah kat saluran Astro Oasis-Inspirasi Sanubari. Jadi kalau sape-sape rase macam penah tengok gak, dan nak tambah apa yang kurang boleh la melakukan sedemikian dengan mengomen di ruangan komen di bawah.

Mula-mula sekali, cuba kita bandingkan dalam solat, dan dalam sebuah negara, atau komuniti. Dalam negara, ada presiden, atau perdana menteri, dan ada juga rakyat. Dalam sesebuah komuniti pulak ada ketua masyarakat dan penduduk. Begitu jugak dalam solat, ada imam dan ada makmum. Walaupun mengguna pakai istilah yang berbeza, maksudnya tetap sama iaitu, ada pemimpin, dan ada jugak yang dipimpin.

Seterusnya, macam mana plak panduan untuk memilih pemimpin? Moh kita tengok macam mana cara kita pilih imam. Biasanya, imam yang dipilih adalah yang ada ilmu la untuk menjadi imam. Seterusnya, bacaannya baik dan makmum yang follow belakang pun rasa best je nak ikut. Yang paling penting gak. mesti la orang yang akhlak dia baik jugak. Bukan orang fasik tak boleh jadi imam, cuma lebih elok kalau imam tu adalah orang yang akhlaknya lebih baik.

pemimpin perlu menjadi contoh kepada yang dipimpin..(sekadar gambar hiasan)

pemimpin perlu menjadi contoh kepada yang dipimpin..(sekadar gambar hiasan)

Benda ni la jugak yang patut kita contohi dalam memilih pemimpin. Orang yang nak dipilih mesti la ada ilmu dalam kepimpinan, orang yang kita segani, boleh dicontohi, dan jugak orang yang berakhlak baik.

Dalam solat, setiap perbuatan akan didahului oleh imam, dan diikuti oleh makmum. Kalau imam tu dah angkat takbir, baru la makmum akan angkat takbir. Kalau imam tu sujud, baru la makmum sujud. Dan setiap kali imam nak suruh makmum ikut dia, imam akan sebut, ‘Allahuakbar’ atau ‘Sami’allahu liman Hamidah’.

Bagaimana pulak dalam sistem politik? Pemimpin seharusnya melakukan sesuatu dahulu sebelum menyuruh rakyat buat benda tu. Pemimpin tak boleh suruh rakyat berjimat sedangkan dia sendiri membazir. Pemimpin jugak mesti la buat baik dulu sebelum suruh rakyat buat baik. Baru la kena. Kalau tak, jadi la pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Dan cara untuk menyuruh pulak mestilah dengan perkataan-perkataan dan cara yang baik. Sebagaimana dalam solat, imam menggunakan perkataan ‘Allahuakbar’, dan ‘Sami’allahu liman hamidah’.

Sesungguhnya, imam jugak adalah manusia yang kadang-kadang melakukan kesilapan. Imam bukan la malaikat yang tak buat dosa. Mereka juga bukan lah power rangers atau gaban yang tak pernah gagal menewaskan musuh mereka. Jadi, secara lumrahnya imam pun akan tersalah baca. Tak pun ter’skip’ rukuk ke, terus sujud. Jadi, menjadi tanggungjawab makmum la untuk menegur. Dan islam ajar kita, kalau nak tegur imam, kene sebut ‘subhanallah’, ataupun kalau imam tersalah baca, betulkan bacaannya. Dan bila dah kena tegur, imam ni kena la akur dan membetulkan kesalahannya tadi.

Begitu jugak dengan pemimpin. Mereka bukan perfect. Kadang-kadang, diorang pun buat silap jugak. Jadi rakyat kena tegur kesilapan pemimpin ni dengan cara yang baik. Tak buleh la nak tegur dengan perkataan-perkataan kesat dan sebagainya. Dan bila dah ditegur, dan teguran tu pulak memang betul, pemimpin kena la akur dan membetulkan kesalahan mereka.

Itu la sedikit sebanyak yang aku buleh kongsikan. Kepada yang nak bertanding, selamat bertanding. Kepada yang nak mengundi pulak, pilih calon yang anda rasa betul-betul layak. Dan kepada yang akan dipilih nanti, selamat menjalankan tugas.

renung-renungkan, dan selamat beramal…..
img_5444-300x225

11 Responses to “Aplikasi Solat dalam Sistem Politik”

  1. halmialwi says:

    naise pi.mendalam dan penuh makna.thumbs up!

    Current score: 0
  2. aimienali says:

    i like it so much..kate2 ko akn ak jdkn panduan utk menghadapi kehidupan ini,..

    Current score: 0
  3. ammare says:

    oleh itu, undilah…………

    (boleh kempen x kat sini pi?)

    Current score: 0
  4. paknab says:

    suka gambar kambing tu~~hehe

    Current score: 0
  5. napirago says:

    halmi & Bobby : Thanks kerana membaca…yang mane yang baik jadikan tauladan, yang buruk simpang-simpangkan…

    ammar razak : xleh la ammar..sini bukan platform nak kempen…kalo nak kempen, g web spr, kempen kat page kamil…(heh, terkempen plak..)

    paknab : suke gambar kambing ke, suke gambar nta imamkan solat jemaah di yoeido park tu? heheh..

    Current score: 0
  6. abe67 says:

    sesungguhnya hidupku…matiku, ibadatku dan segala amalku hanya untuk NYa…
    dan segala pilihan yang aku buat adalah melaluinya dengan niat ibadah dilahirkan melalui asbab2 yang timbul….

    nice article:)

    Current score: 0
  7. napirago says:

    insyaAllah, keikhlasan akan dibalas dengan kebaikan. kalau x di dunia, tentunya kat akhirat nanti…

    Current score: 0
  8. jiran bwh tanah says:

    hei2..jgn kempen kt sini..nk kempen g tmpt len…so..undilah…….(buat cam ammar ok skit)…haha

    Current score: 0
  9. smapian(bukan amar @ napi) says:

    bgus2 sume bdk smap ni..(smbil merenungkan nasib diri yg serba kekurangan)

    Current score: 0
  10. cupin says:

    gogo la napi…
    bedminten sepam…
    haha

    Current score: 0
  11. halmialwi says:

    comel la aku rase cupin sebut badminton cmtuh..mmg slalu manja2 ngn ko eh pi?heh

    Current score: 0

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top