search
top

Berani Kerana Benar

“kadang-kadang, bila nak letak kata-kata nasihat kat status facebook ke, ym ke, mesti terfikir, takut orang cakap kita nak menunjuk-nunjuk la, bajet baik la.” tiba-tiba Samad (bukan nama sebenar), bersuara ketika kami tengah sama-sama membuat semakan terakhir untuk exam yang dalam 10 minit lagi nak mula. “apsal nak takut? Letak je. Jangan fikir apa yang orang cakap. Yang penting, niat kita baik.”balas aku. (macam tak caya pulak aku bagi nasihat berguna kat orang…heheheh)

Kata-kata Samad sebenarnya telah menyedarkan aku tentang realiti yang memang berlaku zaman sekarang ni. Kita mesti kena baik dulu sebelum bagi nasihat. Kalau tak baik, kang kena la balik.

“hak elah, kau nak bagi nasihat kat aku, kau pun selalu gak kutuk-kutuk orang. Kau ingat aku tak tau?”

“kau ni apsal nak tegur-tegur aku ni? Aku khatam quran dulu dari kau kau tau tak?”

“aku taknak dengar cakap kau. Sebab aku lagi hensem 20% dari kau”(ade gak orang cakap gini?)

Konsekuensi dari situasi tersebut adalah kurangnya manusia-manusia yang nak membetulkan kesalahan-kesalahan yang memang dah jelas di depan mata. Semua orang-orang yang baik dan sedar akan merasa, “cukuplah aku tak buat”. Maka berleluasa la kemungkaran dari sekecik-keciknya, dan kalau dibiarkan akan menjadi sebesar-besar kemungkaran.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang memang dah selalu sangat kita dengar. “apabila kamu melihat kemungkaran, maka perbetulkanlah dengan tangan, jika tak mampu, perbetulkanlah dengan kata-kata, jika tidak mampu, tegurlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman”. Hadith ini, selain dari menyuruh kita mencegah kemungkaran, ia juga boleh digunakan sebagai indikator untuk mengukur sejauh mana iman kita. Kalau bencikan kemungkaran pun dah dikira sebagai selemah-lemah iman, macam mana pulak tahap bagi yang suka melakukan kemungkaran pulak?

Ramai yang tak berani nak menegur kesalahan orang lain sebab merasakan diri masih belum baik dan layak untuk menegur. Sedar la semua, tiada manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah buat dosa. Mengajak berbuat baik bukan bererti kita dah melakukan segala kebaikan, tapi kerana kita cintakan kebaikan dan berusaha untuk melakukannya, dan mencegah kemungkaran bukan bererti kita bersih dari dosa, tetapi ia membuktikan kita bencikan kemungkaran tersebut dan sedang berusaha meninggalkannya.

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, aku nak petik la sepotong ayat quran dari surah Ali-Imran ayat 110.

“kamu adalah sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu),

menyuruh berbuat baik, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman

kepada Allah.”

Kita sebagai umat Nabi Muhammad ni dimuliakan oleh Allah dalam ayat Quran diatas bukan sebab ibadah kita. Kalau nak bandingkan umat nabi terdahulu lebih hebat ibadah diorang. Tapi, kita dimuliakan sebab kita menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran.

“Aik? Tadi kau kejut aku semayang subuh. Ini kau tak semayang lagi dah tidur balik?”

“aku dah suruh kau semayang dah. Kire amar makruf la tu. Lagi mulia dari orang beribadah.”

“adeh, ini la kes kalau tak abes belajar lagi tok guru dah pencen.”

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top