Jangan Bertangguh Lagi…
“Bertangguh-tangguh itu mengurangkan masa.” Itu la pepatah arab yang aku belajar masa form 4 dulu. Masuk exam tu. Kena explain maksudnya dalam bahasa arab. Berpusing gak la kepala nak menjawab. Persoalannya, betul ke bertangguh ni mengurangkan masa? Bagaimanakah bertangguh mampu mengurangkan masa? Adakah orang yang bertangguh akan mati cepat? mungkin itulah diantara persoalan yang bermain-main di benak fikiran kita yang kadang-kadang benak jugak la.
Kenapa dikatakan mengurangkan masa? Sebenarnya, apabila kita bertangguh, kita dah mengurangkan masa yang harus digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan tu. Contohnya la, kalau student cam aku ni, lecturer kasik kerja suruh hantar minggu depan, sehari aku relax, maksudnya dah kurang sehari dah masa untuk aku buat kerja tu. Sebab tu bila dah nak dekat nak hantar kerja, kalau kita tak siap lagi, rasa macam masa cepat je berlalu. Mungkin itu la yang dimaksudkan dengan mengurangkan masa dalam pepatah ni.
Bila cerita je pasal tangguh dan masa ni, tetibe je aku teringat kat satu hadith yang memang glemer abes la. semua lapisan masyarakat tau, sebab Raihan ngan Rabbani dah ambik buat lirik lagu. “Rebutlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara. Masa sihatmu, sebelum datang sakitmu, masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa kayamu sebelum datang masa miskin, masa lapang sebelum datang masa sempit, masa hidupmu, sebelum datang masa matimu.”
Memang betul, sesuatu itu akan dirasakan berharga apabila ia telah pergi. Orang yang sakit akan merindui masa sihatnya, sebab masa sihat, macam-macam boleh buat. Boleh jogging, boleh main bola, boleh beribadat gak. Tapi tak ramai orang sihat yang rasa nak buat benda-benda ni. Bahkan orang sihat ni lagi selesa buat benda yang patutnya orang sakit buat, ‘relax’.
Macam tu la jugak dengan orang yang banyak masa. Maksudnya tak banyak kerja la. kadang-kadang tak tau nak buat apa. Beku otak. Tak buleh pikir dah. Tapi bila datang time busy, baru la macam-macam benda nak buat. Kadang-kadang tu, benda yang tak penah terasa nak buat pun. time busy je baru rasa nak buat.
Yang paling menyesal sekali, ialah orang yang dah mati. Memang dah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith, bagaimana orang yang dah mati ni, mintak dihidupkan semula, walaupun sekejap, sebab nak beribadah kepada Allah. Masa hidup lalai, terpesona dengan dunia. Dah mati, baru la menyesal tak sempat kumpul ibadah banyak-banyak. Agak-agak kita ni sempat tak nak kumpul ibadah banyak-banyak ye??
Jadi, hargailah masa yang terluang ni, sebabnya semalam takkan ada lagi lepas ni. Hari ni pon akan pergi bila esok menjelma. Jalani hidup sebaiknya. Muda hanya sekali, so kita…enjoy….hmmm tukar, tukar. Muda hanya sekali, so, kita gunakan masa dengan sebaiknya…



betul2… bila kita bertangguh dalam membuat sesuatu perkara, hasil yang kita dapat x berkualiti… he3…
“Yang paling menyesal sekali, ialah orang yang dah mati”
part ni part yg paling terkesan sekali~ Allah nak tarik nyawa kiter biler2 jer…mungkin satu saat lepas ni,mngkin esk ker…sm2 lah kiter memanfaatkan stiap detik dlm hdup kt dgn prkra2 yg mendtgkan kebaikan dunia n akhirat ^^ agar hidup kita lebih diberkati~ =)
smart!
terbaik!
comey loo ayat last skali haha
muda mmg sekali..tua pun sekali gak..
Ketenangan dan kesenangan itu satu kembara, bukanlah destinasi kehidupan. ~Nota Hati Seorang Lelaki.
umair ayat nk jiwang je
perkara yang paling bahaya ditangguh2kan tetapi menjadi perkara yang manusia paling suka tangguh2 iaitu TAUBAT…
cepat2 kawin napi.. jangan bertangguh lagi