“Tunggu Jawapannya Esok”
(*Dialog dalam kisah di bawah hanyalah rekaan semata-mata, tetapi tidak mengubah jalan cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya)
Semua orang tau pasal kisah orang musyrikin quraisy yang memang taknak terima dakwah Rasulullah s.a.w. dah la taknak dengar, pastu mintak macam-macam bukti kononnya kalau dah nampak bukti baru nak beriman. Tapi bila dah nampak bukti, cakap sihir la, itu la, ini la. entri kali ini akan menceritakan salah satu daripada banyak kisah yang seumpamanya. Banyak-banyak la berdoa supaya Allah tak kunci hati kita sebagaimana Allah kunci hati mereka dari menerima kebenaran.
Macam hari-hari biasa, pemimpin-pemimpin quraisy ni akan melepak-lepak, sembang-sembang tingkap, macam mana cara nak hentikan dakwah Rasulullah ni. Ye la, pengikut dah makin ramai. Tergugat la kedudukan diorang. Tengah-tengah carik idea-idea bernas, datang la sorang dari diorang, join group sembang-sembang tingkap tu.
“camni geng-geng sekelian. Aku baru je balik dari Yathrib (Madinah), dan dah berjumpa sorang pendita Yahudi ni. Dia suruh kita tanya soalan-soalan ni kat Muhammad. Kalau dia dapat jawab, memang betul la dia utusan Allah. Kalau tak, memang sah dia kelentong kita.”
“ok, panggil dia sekarang.”
Elok je Rasulullah datang, diorang pon mula la tanya,
“Muhammad, kalau kau betul-betul nabi, jawab soklan ni. Ni bukan teka-teki, ni soalan betul-betul.”
1. Ceritakan kisah anak-anak muda zaman dulu yang mempunyai sejarah yang hebat.
2. Ceritakan kisah seorang lelaki yang mengembara ke seluruh dunia, dari timur, sampai la ke barat.
3. Ceritakan kepada kami tentang roh.
Lalu Rasulullah pun berkata, “aku akan berikan jawapan esok.”
Namun begitu, wahyu Allah tidak turun sampai esoknya. Bukan setakat esok, lusa pun takde gak. Akhirnya, selepas 15 hari, baru la Jibril datang kepada Rasulullah.
“Apsal lambat Jibril?”
“mintak maaf, aku tak boleh sampaikan wahyu tanpa perintah dari Allah.”
Maka, turunlah ayat dari surah Al-Kahfi, ayat 23-24 yang berbunyi.
“dan jangan sekali-kali kau mengatakan kepada sesuatu, ’aku akan melakukan itu esok pagi.’ Kecuali dengan mengatakan ‘InsyaAllah’. dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, ‘mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.”
Kemudian diikuti oleh jawapan-jawapan kepada soalan-soalan pemimpin quraisy tadi. Nak tau apa jawapan dia? Bukak la Al-Quran.
Jawapan untuk soalan pertama, Surah Al-Kahfi bermula ayat 9. Soalan kedua, surah Al-Kahfi bermula ayat 83, dan untuk soalan ketiga, Surah Al-Isra’ ayat 85.
Adakah pemimpin Quraisy ni mengaku Nabi Muhammad sebagai Rasul lepas dengar jawapan-jawapan ni? Semestinya la tidak sebab diorang memang dari awal lagi tak percaya. Lepas tu mintak bukti lain lagi. Sudahnya, mati tak beriman. Mula la nyesal tak sudah. Nauzubillahi min zaalik.
Pengajaran dari kisah diatas.
- Tiada kekuasaan yang lebih besar dari kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang dan selebihnya adalah di atas ketentuan dan kehendak Allah. Selalulah menyebut insyaAllah untuk sesuatu pekerjaan. Tapi jangan gunakannya sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan pekerjaan tersebut.
- Hidayah tu adalah urusan Allah s.w.t. Dia akan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki. Jangan berhenti memohon hidayah dari Allah dan selalu la berdoa agar hidayah tersebut tak ditarik balik setelah kita memperolehinya. (rujuk Ali-Imran ayat 8 ).
- Golongan pendakwah memang tak dapat lari dari ujian. Sengaja Allah menurunkan pelbagai bentuk ujian untuk melihat, siapa yang benar-benar ikhlas dalam mengajak manusia kembali kepada agama-Nya.
Renung-renungkan dan…..selamat beramal…


pehh napi~~ptot r bz skrg…
nice2.truskan pnulisan anda…jgn msok ruangan gosip sudey..
Hidayah tu adalah urusan Allah s.w.t.
good entry^^ hidayah itu milik Allah,kita hamba perlu sentiasa berusaha dapatkan hidayah..
ni kire blog bergune ni…bkn blog yg xde gune mcm sstgh org buat blog…keep it up la..macho2
beta seronok membaca~hahahahahaha
sedap gak nama ‘Hidayah’ tu