search
top

Hakikat Bahagia….

Bahgia itu dari dalam diri,

Kesannya zahir, rupanya maknawi,

Terpendam bagai permata,

Di dasar hati,

(UNIC-Hakikat Bahagia)

Bait lirik yang memang cukup puitis bahasanya, cukup mendalam maksudnya, dan cukup besar ertinya. KEBAHAGIAAN. Sukar betul nak gambarkan kalimah ini melalui kata-kata. Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak. Tak dapat disentuh, tapi dapat dirasai. Ia bukan juga kuantiti fizik, justeru ianya tidak boleh dihitung. Dan ianya adalah sesuatu yang tak ternilai harganya, tetapi mampu dimiliki oleh semua insan.

Kadang-kadang, bila kita tengok orang kaya, hati kita akan terdetik,”bahagianya dia, nak apa semua boleh dapat. Nak kereta besar dapat, nak rumah besar dapat. Semua benda besar yang dia nak, semua boleh dapat. Bahagia betul la hidup dia. Kalau aku macam dia, bahagianyaaaa.”

Lepas tu, tengok pulak artis. Terkenal, kemana pergi orang mintak sain. Mintak nak bergambar. Macam-macam lagi la orang nak mintak dari dia. Lalu hati kita berkata.” Wah, Siti Nur Bazliza ni memang glamour habis. Bahagia betul jadi dia ni. Mana-mana pergi orang kenal. Kawen pun jemput Dato’-Dato’, Datin-datin datang. Apsal la aku tak glamour dan bahagia macam dia.”

Lepas tu, tengah-tengah berangan, lalu pulak seorang laki berjalan-jalan ngan pompuan yang cantik tak ingat. “bahagia betul tengok dia, awek lawa, perfect. Memang lengkap la hidup mamat ni.” Mula la kita pun teringin nak dapat awek yang lawa tak ingat macam awek mamat tu tadi.

Kebahagiaan itu akan terpancar di wajah mereka yang bahagia..(sekadar gambar hiasan)

Kebahagiaan itu akan terpancar di wajah mereka yang bahagia..(sekadar gambar hiasan)

Persoalannya, bahagia sangat ke diorang ni? Susah nak cakap sebab saban hari, kita akan dengar orang kaya yang tak tenang hidupnya. Risau harta yang banyak dicuri penyamun. Dah letak alarm 10 bijik kat rumah pun, masih rasa tak selamat. Artis, sering mengadu, takde privacy. Semua kisah hidup dia orang nak tulis. Kadang-kadang risau gossip liar mampu menjatuhkan karier mereka sebagai artis. Kalau ada awek atau isteri yang lawa pulak, mula risau dan cemburu akan pasangannya yang sering menjadi tumpuan lelaki lain.

Jadi, mana letaknya kebahagiaan yang sebenarnya? Kebahagiaan yang sebenarnya terletak pada hati yang tenang. Tiada guna harta yang banyak, nama yang besar, atau pasangan yang hebat sekiranya hati sentiasa gundah dan bimbang. Inilah yang menunjukkan keadilan Allah s.w.t terhadap semua hambanya. Dia tidak meletakkan kebahagiaan pada harta, nama dan kemasyhuran kerana tidak semua mampu mengecapinya. Sebaliknya Dia meletakkan kebahagiaan pada hati yang tenang, agar semua manusia mampu memilikinya.

Bagaimana memiliki ketenangan hati? Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang. Mudah dan simple sekali pada teorinya, tapi susah betul nak dipraktikkan. Kesimpulannya, selalu la mengingati Allah untuk memperoleh kebahagiaan yang hakiki, jangan asyik ingat nak kaya dan glamor je.

*‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar’(Amalkan zikir ini walau di mana saja anda berada…peace)

9 Responses to “Hakikat Bahagia….”

  1. fidz says:

    btul tu..

    Current score: 0
  2. umair says:

    hakikat bahagia. lumrahnya begitu… bestnya kalau hati tenang selalu. terpancar ke wajah, sebuah ketenangan…masha Allah..

    Current score: 0
  3. halmialwi says:

    nicely writing..

    Current score: 0
  4. ammare says:

    amy tgh bahagia la tu~

    Current score: 0
  5. saya nk jd cam umair ckp tu..hehehehe..

    Current score: 0
  6. napirago says:

    xpe encik sayabudaknakal…muke awak dalam gambar tu memang dah nampak bahagia dah…

    Current score: 0
  7. mekdi says:

    air yg tenang jgn sangka takdak buaya,

    org yg tenang jgn sangka blur. haha

    Current score: 0
  8. napirago says:

    mendalam tu maksud mekdi tu….

    Current score: 0
  9. kak long says:

    Berbahagialah org2 yang mendapat syurga – kebahagian hakiki

    Current score: 0

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

top