Aku, Dia dan Wonderpets
Memang, hubungan kami agak dingin. Aku pun tak tau kenapa. Adakah aku yang bersalah? Ataupun dia memang tak suka aku? Setiap kali aku datang kat dia, dia akan lari. Setiap kali aku cuba bermesra dengan dia, dia akan mengelak. Macam-macam aku cuba untuk menyelamatkan hubungan kami. Tapi dia tetap dengan sikap dinginnya terhadap aku. aku tertekan, tapi perasaan sayang aku kat dia tak pernah berubah. Sayangku pada Iffah Hurriyah…
Pernah jugak aku mengadu kat mak tentang hal ni. Tapi mak dengan cool dan relax berkata,” kau baru balik 2-3 hari. Budak tu mana la kenal kau lagi.” Betul gak. Tahun lepas aku balik, dia baru 2-3 bulan. Duduk pon tak reti lagi. Sekarang baru setahun lebih. Lari pun terkedek-kedek lagi. Cakap pun tak berbutir lagi. Kata-kata mak telah menyedarkan aku dari layanan perasaan yang sebenarnya tak patut ada terhadap budak kecik macam iffah. Dalam masa yang sama, mak bagi cadangan kat aku supaya aku buat sesuatu yang boleh buat dia suka kat aku. nak buat apa ye??

nak sikit??x hapaat...(waktu hubungan aku dan iffah masih dingin, aku pun tak ingat aku tengah makan apa masa ni..)
Hari-hari berikutnya, aku memulakan kajian tentang diri Iffah. Akhirnya, aku berjaya mengenalpasti beberapa maklumat penting tentang budak kecik ni. Apa maklumatnya? Haaa camni. Setiap hari, mak ngan ayah dia akan mengajar pada pukul 3 petang. So, antara pukul 2.30 sampai 3.00 tu mak ngan ayah dia akan antar dia ke rumah aku untuk mak aku, merangkap tok mak dia nak jaga dia. Budak kecik kan, mana la reti jaga diri sendiri. Makan pun bersuap. Kita-kita time kecik dulu pun camtu la. so jangan la marah sangat kalau budak-budak kecik ni ngengade.
Satu lagi fakta yang membantu aku menyelesaikan konflik kami ialah, Iffah ni adalah kanak-kanak melayu tipikal yang suka tengok wonderpets versi melayu. Wonderpets ni plak kebetulan start pukul 2.30 sampai 3.00 petang kat TV9. Budak-budak plak, kalau dah tengok wonderpets mana nak kesah apa-apa dah. Rumah roboh pun tak perasan agaknya.
Wonderpets? Aku pernah dengar pasal kartun ni, tapi tak terasa berminat pun nak tengok. Memang cerita budak-budak. Aku pun dah lama tinggalkan arena kartun ni sejak meningkat dewasa. Kartun yang aku layan pun, Detective Conan, sebab cerita ni nampak cam matang sikit berbanding kartun lain.
Tapi kali ni, aku rasa ni je la peluang yang ada untuk mendekatkan diri dengan Iffah. Aku pun baring la sebelah dia kat depan TV. Khusyu’ betul dia tengok. Biasa aku datang dekat dia lari. Kali ni dah tak. Nampaknya misi hampir berjaya. Sampai plak kat part yang best (bagi budak-budak la), dia pun macam cakap sesuatu kat aku. kononnya nak cerita pasal part tu la. tapi aku tak paham pun dia cakap apa. Layankan aje. Gelak-gelak sekali.
Esoknya, sama gak. Kitorang tengok wonderpets sama-sama lagi. Kali ni aku dah tau banyak sikit pasal kartun ni. Kitorang pon sama-sama la buat aksi wonderpets time dekat nak abes lagu diorang time kat atas bot terbang tu. “bila bekerjasama semua jadi mudah, yeaaaaaa Wonderpets, yeaaaa.” Memang hilang la ke’macho’an aku masa tu. Hehe.
Akhirnya, Iffah dah semakin menerima aku. kami dah boleh main sepak-sepak bola sama-sama dekat ruang tamu rumah. Aku pun dah boleh la dukung dia. Walaupun kadang-kadang dia menangis gak. Tapi aku tak kisah pun semua tu, sebab dia budak kecik lagi. Harap-harap, aku balik lagi sekali, dia akan semakin menerima aku sebagai bapak sedare dia…
Apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya ialah,
Bila kita sayangkan seseorang tu, kita akan lupa apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, apa yang kita nak, dan apa yang kita tak nak. Apa yang kita fikir, ialah bagaimana cara nak membuatkan dia bahagia. Memang seronok bila tengok dia ketawa dan gembira. Sampai ketikanya, kita tak sedar yang kita pun dah tersuka apa yang dia suka.
Buktinya, aku telah Berjaya menghafal semua lagu wonderpets bermula dari telefon berbunyi, sampai la diorang Berjaya menyelamatkan haiwan dalam kesusahan. Terasa cam nak buat acapella lagu wonderpets plak time annual dinner nanti…hehehe..


hahaha…bgs btul la bapak sedare mcm ni. bakal ayah penyayang ni..cheche..
kah3…nak cerita kat org mesti la yang baik2 je…tak tau lagi keganasan bapak sedare die yang sebenar…heh…
kau nak angkat tali pinggang atas belakang anak kau kan, wonderpi…
[kau yg bagitau. aku ulang je]
haha…ye ke??apsal aku macam x igt je???
hahahaha
best gile cerita dan penyampaiaan msg ko!best2!!!
wonderpets??eiwww..tk suke….esp versi bhasa mlayu…
hlg mcho napi…jd pak sedare je rjin gitu..ada ank nnti tkde dah tuh…hehe
huhu….
calon ayah terbaik ni..haha
memahami psychology kanak2…
encik hanafi nie mmg sweet orgnyer.saya dah tgk dah.mmg perangai dier camnie..tu baru care nk tackle budak kecik tu..kalau org besar lagi mantap tekniknyer.
kenapa saya rasa awak ni seorang yang sangat kelakar ye, encik sayabudaknakal…
haha..napi..teringt cerita tali pinggang..huhu..papepon,sapa dpt napi mmg beruntung sgt2..loving,caring,sharing,etc..
adeh, kesitu plak dah raher…
yeah.. mingming datang.. mari selamatkan anak chimpanzi mari selamatkan anak chipanzi.. ~napi sambil memegang beberapa daun saderi dari dapur mak dye untuk diraikan bersama si iffahapabila selesai sesi menyelamatkan anak chimpanzi tersebut.. hahahaha.. apa2pun tahniah atas pencapaian menghafal kesemua lagu wonderpet.. setanding ngan iffah lagi skali.. syabas2..
“Bila kita sayangkan seseorang tu, kita akan lupa apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, apa yang kita nak, dan apa yang kita tak nak. Apa yang kita fikir, ialah bagaimana cara nak membuatkan dia bahagia. Memang seronok bila tengok dia ketawa dan gembira. Sampai ketikanya, kita tak sedar yang kita pun dah tersuka apa yang dia suka.”
yg ni mmg btl…sgt stuju!hehe
ni best pnyer citer..xpasal2iffah jadi popuular..huhuhu…tp xsangkala plak ade perasaan yang terguris kerana tingkahlaku si iffah ni..hehehe
cayalah paksu….i like the way u wrote..
wah…fahim ngan adam dah pandai menekan keyboard…hehe…
eh…mama fahim ngan adam rupenye…igt fahim ngan adam…hehe…
i took few interesting lines in ur story to be publish in my FB status,hope u don’t mind… Sharing is caring ^_^