Memimpin Dengan Kasih Sayang…
Kata orang, “Kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tapi tak boleh memimpin tanpa menyayangi.”(orang lain la yang cakap, aku tulis balik je). Fikir-fikir balik, ada jugak betulnya. Nak menyayangi sesuatu tak susah. Kadang-kadang, tengok sekali, rasa berkenan, secara automatik akan terbit perasaan sayang dalam hati. Tak kisah la kat orang ke, bunga ke, kucing ke. Senang betul kan??.
Tapi, untuk memimpin sesuatu pulak, kita perlu memiliki rasa kasih sayang terhadap yang nak dipimpin. Bapa, kalau takde rasa kasih sayang pada keluarga yang dipimpin, alamatnya hari-hari la naik tali pinggang atas belakang. Anak-anak tak payah beli jalur gemilang dah untuk hari merdeka. Belakang badan dah ready berjalur dah kena libas. Wakil rakyat pulak, jika memimpin kerana sayangkan penduduk, pasti tidak berlaku rasuah, penyelewengan, dan sebagainya.
Dalam konteks pergaulan seharian pulak, perasaan kasih sayang yang wujud akan membuatkan kita lebih mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Dalam perkara yang remeh, kita akan jarang la nak mengungkit sangat. Kadang-kadang, hal duit ke, setakat seringgit dua tu, halalkan je la. kalau tujuh lapan ribu tu lain cerita la.
Dalam nak menegur kesilapan orang lain pun, kasih sayang itu perlu. Ramai orang yang tak dapat membezakan antara kesalahan, dan orang yang melakukan kesalahan. Terkadang kita menegur, lebih kepada tidak sukakan orang yang membuat kesalahan, bukan sebab kesalahannya sangat pun. kalau kita menasihati kerana bencikan kesalahannya, dan bukan dirinya, insyaAllah kita tak mudah melenting dan lebih tenang menghadapi reaksi darinya. Jadi, tegurlah dengan kasih sayang.
Akhir sekali, dalam memimpin diri kita sendiri, mestilah kena sayang diri sendiri kan? Bila sayang diri sendiri, kita takkan buat la perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri.
Begitulah pentingnya kasih sayang dalam memimpin. Rasulullah adalah pemimpin terbaik sebab baginda memiliki rasa kasih sayang yang sangat tinggi pada umat-Nya. Mana tak nya, di akhir hayat baginda pun, masih lagi bimbangkan kita. Memang betul kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tapi kasih sayang tu la yang mendorong kita untuk menjadi pemimpin yang baik.
“betul la bang, bila saya rasa sayang kat awek saya, saya terasa nak pimpin tangan dia berjalan-jalan di taman, menikmati keindahan ciptaan Tuhan,”
“itu bukan sayang, itu sangap namanya…”


“betul la bang, bila saya rasa sayang kat awek saya, saya terasa nak pimpin tangan dia berjalan-jalan di taman, menikmati keindahan ciptaan Tuhan,”
“itu bukan sayang, itu sangap namanya…
—> ayat last tu touching~ haha
hahaha… bagusla pakwe dye.. alim.. harap2 kita semua menjadi pemimpin yang mempunyai niat yang benar2 ke jalanNya..amin
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)…..ni pun kasih sayang juga
jika memimpin dgn kasih syg, percayalah, bhw pasti org yg dipimpin tu akn merasa syg pada pemimpin mereka…=)
good entry napi..^^well done!!
bagus.penceritaan yg bersahaja.dan menggunakan pendekatan cerita yg sng di rasai oleh kami sbg golongan kebanyakan.
hurmm~mmg susah nak jumpa insan yang melahirkan rasa kasih dan sayang tulus dari hati.hanya di mulut tp bila di lihat melalui perlakuan,tampak ape yg diniat di hati.btw,nice post.
kami mahu post baru!
we want more
we want more
we want more..!
best2!!
“betul la bang, bila saya rasa sayang kat awek saya, saya terasa nak pimpin tangan dia berjalan-jalan di taman, menikmati keindahan ciptaan Tuhan,”
“itu bukan sayang, itu sangap namanya…
ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..penat gelak sensorang..