search
top

Bangkitlah Bangsaku

Dilema Melayu

Melayu malas, tidak berdaya saing, lebih gemar berada dalam keadaan selesa, Melayu mudah lupa. Kata-kata yang sering kita dengari, kadang-kala keluar dari mulut orang melayu sendiri. Bukan berniat merendahkan bangsa sendiri, jauh sekali menghina. Tapi itulah hakikat yang berlaku. Kebanyakan dari kita tidak begitu berani untuk mencabar kemampuan diri. Lebih gemar mengikut arus, dan tidak mahu berkembang.

Ada yang mendakwa bahawa, bangsa melayu adalah bangsa petani. Jadi, tidak hairanlah jika melayu lebih gemar mengikut, dan tidak mempunyai lonjakan untuk maju. Kerana sikap dan gaya kerja petani, memang menuntut mereka untuk melakukan perkara yang sama, dan lebih berserah kepada takdir. Namun begitu, benarkah bangsa Melayu ini adalah bangsa petani dan hanya tahu bertani?

(more…)

Indahnya Pelangi

“Macam mana mak? Terima ke tak?”

“Tak”

“Kenapa tak terima mak? Saya tak cukup kacakkah?”

“Mana la mak nak tau. Kau pegi la tanya diorang. Ni ha ade Zahidah bagi kau surat.”

Leman mengambil surat tersebut dari tangan ibunya lantas terus membukanya tanpa berlengah lagi. Leman meneliti satu persatu perkataan yang tertulis di atas surat tersebut. Dihayatinya ayat-ayat puitis dari kaca matanya tetapi tidak di mata orang lain. Maklumlah, coretan buah hati, semuanya nampak indah.

(more…)

Azam Tahun Baru….

31 Disember, wartawan sebuah stesen TV terkemuka turun ke ibu negara untuk menemuramah beberapa orang warga ibu kota tentang azam tahun baru mereka.

“Saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik.”

“Abang rase tahun baru ni, abang nak lebih tekun bekerja.”

“Sebagai pelajar yang berkaliber, saya nak belajar bersungguh-sungguh.”

“Ni rokok gua yang last la ni bro, pukul 12 malam masuk je, gua berenti.” [sambil memegang sebatang rokok yang masih berasap. Kelihatan dipoketnya masih terdapat sekotak rokok Salim (bukan jenama rokok sebenar)].

(more…)

Kurniakan Aku Sahabat…

Aku hanya memerhati dari balik cermin kereta. Ku lihat gelagat abang yang sedang bersimpuh di samping pusara sahabatnya, Abang Said. Wajahnya tenang menadah tangan memohon doa. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit. Selang beberapa ketika, abang mengusap nisan yang tegak di atas pusara itu lantas bangun dan terus menuju ke kereta.

“Asrama tutup pukul berapa ni?” tanya abang.

“Pukul 6. Sempat lagi ni.” Jawabku.

“Nak berhenti makan mana-mana dulu tak?”

“Boleh jugak.”

(more…)

Kahwin Awal : Yang Berkat Jadi Mudarat

Entri kali ini dirembat 100% dari sebuah buku yang bertajuk “Satu Rasa Dua Hati” tulisan Pahrol Mohd Juoi sebabnya aku memang takde pengalaman nak menerangkan pasal isu ni, dan jugak takde pengalaman berhadapan dengan situasi yang macam ni. Ianya memang bagus untuk mereka-mereka yang rasa-rasa macam nak kawen awal. Sama-sama la membaca dan mengambil pengajaran. Satu bab je, kalau nak baca bab-bab yang lain, beli la buku ni. Dapatkan di pasaran dengan hanya RM22.50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM27.50 bagi Sabah dan Sarawak.

(more…)

Yang Lebih Berharga Dari Itu….

“Role Model” terbaik

RasulullahBercerita kisah junjungan besar kita Rasulullah s.a.w, adalah perkara yang memang menyeronokkan. Ketabahan, kesungguhan, dan semangat yang dipupuk sejak zaman kanak-kanak telah menjadikan baginda seorang pemimpin yang agung pada zaman dewasanya. Perkara ini la yang seharusnya kita, golongan yang baru-baru nak naik ni ambik iktibar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Memang pun Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.

Kesusahan hidup yang dialami oleh baginda yang membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan baginda seorang yang mampu berdikari. Dari kecil, Rasulullah telah bekerja mengembala kambing penduduk mekah dengan bayaran yang rendah seperti sabda baginda tentang dirinya,”Dahulu, saya mengembala kambing penduduk Mekah dengan bayaran qararit(1/24 dinar)”.

(more…)

Selamat Menghadapi Peperiksaan

IMGkepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan yang akan menghadapi peperiksaan, Hikayat Kucing Belang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan beroleh kejayaan yang cemerlang. (more…)

Aku Anak Felda

(*gambar aku takde sebab waktu aku pegi, kamera tak bawak. Gambar-gambar di bawah diambil waktu aku kat korea…)

Cuti summer kali ini boleh la disifatkan sebagai cuti yang agak bermakna bagi aku berbanding cuti summer tahun lepas. Sebabnya, setiap hujung minggu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Bermula dengan mengutip durian, family day, balik kampung jumpa atuk, sampai la bekerja di ladang kelapa sawit. Kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman bekerja di ladang kelapa sawit.

Walaupun kami lapan beradik dibesarkan dengan hasil titik peluh abah mengurus ladang kelapa sawit sebesar 10 ekar, hanya abang-abang, dan kakak-kakak yang atas-atas je la yang pernah merasai pengalaman masuk ladang membantu abah. Masuk zaman adik-adik kecik ni, dah takde dah sebab ladang dah bagi indon buat. So, tunggu je la duit masuk memandangkan abah pun busy dengan kerja-kerja lain. Lagipun, masa kecik-kecik, mak tak bagi masuk ladang sebab ladang ni menjadi tempat mat pit-mat pit buat port. Mat pit ni bukan mat rempit ye kawan-kawan. Apa kejadahnya nak merempit dalam ladang. Langgar pokok kelapa sawit sia-sia je hidup. Kepada yang first time dengar, Mat pit ni ialah penagih dadah. Golongan-golongan remaja yang hangat bercinta pun gemar membuat projek di dalam ladang. Tu pasal mak tak bagi masuk ladang kot. (more…)

Peluru Zionis Berdarah

Johan Puisi DAQ…Mari hayati Bersama….

Dentuman mortar di angkasa

tidak pernah lekang

menghujani bumi Palestin

rintitan hujan peluru Zionis menganti tangis

merenyuk insan tidak berdosa

tidak mengenal usia.

Peluru Zionis berdarah lagi…

Air mata sang Ibu

dan darah para mujahidin

bercampur baur berlinangan

terus menerus membanjiri

bumi tandus Palestin.

Peluru Zionis berdarah lagi…

(more…)

Matahari Yang Dijanjikan

naib johan cerpen Demi Al-Aqsa 2009…

Aku masih termenung di jendela rumah. Di hadapanku terbentang luas sawah padi yang kian kelihatan kekuningan. “Padi juga ada musim-musimnya”, desis hatiku kosong. Mataku perlahan beralih mencapai satu persatu objek di hadapannya. Nun jauh di hujung sana, di balik gunung-ganang, ku lihat sang suria mula berlabuh di ufuk barat menandakan satu hari lagi yang bakal berakhir, dan malam menanti dengan penuh kegelapan. Fikiranku semakin jauh melayang, merentasi jarak dan waktu.

(more…)

« Previous Entries

top